Sesuatu kisah yang ditulis mungkin hanya berdasarkan imaginasi si penulis, tetapi ada juga yang terilham atau terinspirasi dari kisah-kisah benar.
Pada awal kurun ke 18, kisah-kisah dongeng pendek tulisan Jacob dan Wilhelm Grimm banyak menggambarkan tentang kepayahan hidup yang dilalui oleh mereka yang tinggal di negara-negara Eropah tengah. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa banyak kisah-kisah dongeng klasik popular dari mereka berdua ditulis atau mungkin ditulis berpandukan kisah benar. Berikut adalah beberapa contoh kisah dongeng tersebut.
Kisah dongeng ini terilham dari kehidupan tragik Margarete con Waldeck yang merupakan bangsawan Bavaria kurun ke 16. Margarete membesar di Bad Wildungen di mana abangnya menggunakan kanak-kanak untuk bekerja di lombong besinya. Kanak-kanak ini dikenali sebagai dwarfs (kerdil) dan mengalami kecacatan fizikal yang teruk akibat terpaksa bekerja tanpa henti di lombong berkenaan. Buah epal beracun di dalam kisah dongeng ini sebenarnya berasal dari kisah epal beracun yang diberikan kepada kanak-kanak ini jika mereka didapati mencuri.
Ibu tiri Margeret sangat membenci Margeret kerana kecantikan Margeret dan menghantarnya ke kediaman di Brussels. Seorang putera raja kemudian jatuh cinta terhadap Margeret. Walaubagaimanapun, cinta mereka mendapat tentangan yang menyebabkan Margeret mati akibat diracun.
Rapunzel ditulis berdasarkan kisah seorang pedagang kaya pada kurun ke 3 yang mempunyai seorang anak perempuan. Beliau sangat menyayangi anak perempuannya dan tidak membenarkan mana-mana lelaki mendekati anak perempuannya. Beliau akan mengurung anak perempuan di sebuah menara setiap kali beliau keluar berdagang. Anak perempuannya kemudian telah memeluk agama Kristian dan berdoa dengan kuat sehingga boleh didengar semua orang. Perkara ini sampai ke pengetahuan si pedagang yang menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan kesemua hartanya atau memenggal kepada anak perempuannya jika anaknya itu tidak mahu meninggalkan agama yang baru dianutinya. Si pedagang tersebut memilih untuk memenggal kepala anak perempuannya tetapi beliau telah dipanah petir selepas beliau memenggal kepala anak perempuannya. Anak perempuannya menjadi seorang syahid dan dikenali sebagai Saint Barbara dan dipuja oleh Gereja Ortodoks Timur.
Kisah dongeng ini mungkin diceritakan untuk menakut-nakutkan kanak-kanak tetapi ia mungkin terinspirasi ketika banyak negara benua Eropah mengalami masalah kebuluran pada kurun ke 13 di mana ada yang terpaksa menjadi kanibal dan ada ibu-bapa yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka dan menyembelih binatang-binatang yang digunakan untuk melakukan kerja.
Kisah ini juga mungkin ditulis berdasarkan kisah pembuat roti Katharina Schraderin. Pada kurun ke 15, Katharina menghasilkan biskut halia yang sangat enak sehinggalkan pembuat roti yang iri hati menuduhnya sebagai seorang ahli sihir. Akhirnya beliau dibakar hidup-hidup di dalam ketuhar miliknya sendiri.
Kisah dongeng yang cukup popular ini terinspirasi dari kisah seorang wanita Greek bernama Rhodopis. Ketika beliau masih remaja, beliau telah ditangkap di Thrace dan dijual sebagai hamba abdi dan dibawa ke Mesir sekitar kurun ke 500 sebelum masihi.
Rupa parasnya yang cantik menyebabkan beliau begitu dipuja dan pemiliknya memberikan beliau banyak hadiah termasuk sepasang kasut emas. Kecantikan Rhodopis diketahui oleh Firaun bernama Ahmose II ketika itu dan menjadikan Rhodopis sebagai salah seorang isterinya. Tidak diketahui samada Rhodopis menjalani kehidupan yang bahagia tetapi kemungkinan besar Rhodopis melalui hidup yang sukar.
***
Sumber: Huffington Post