Adaptasi novel ke dalam bentuk filem biasanya ditunggu-tunggu oleh setiap penggemar buku. Tambahan lagi jika novel yang diadaptasi tersebut adalah novel-novel terkenal atau novel kegemaran mereka. Tetapi bagaimana pula jika novel tersebut "mustahil" untuk difilemkan? Berikut adalah beberapa contoh novel terkenal yang masih belum diadaptasi ke dalam bentuk filem.
One Hundred Years Of Solitude
Memang ramai pembikin filem yang ingin mengadaptasi novel terkenal tulisan Gabriel Garcia Marquez ini. Perkara yang menjadi penghalang utama untuk novel ini diadaptasi ke filem adalah Gabriel Garcia Marquez sendiri yang enggan memberi kebenaran kepada sesiapa untuk mengadaptasi novel ini. Walaubagaimanapun, menurut penerbit filem Harvey Weinsten, Marquez pernah memberikan kebenaran kepadanya untuk mengadaptasi novel ini dengan satu syarat iaitu kesemua bab dalam novel ini hendaklah difilemkan tetapi setiap bab hendaklah ditayangkan satu-persatu setiap tahun selama 100 tahun.
***
The Catcher In The Rye
Antara sebab utama J.D Salinger enggan memberi kebenaran novel ini diadaptasi ke filem adalah kerana salah salah satu novelnya sebelum itu diadaptasi dengan begitu buruk sekali. Salinger selalu bimbang novelnya tidak dapat diterjemah dengan baik ke dalam bentuk filem. Salinger tidak menolak kemungkinan bahawa novelnya ini mungkin akan diadaptasi suatu hari nanti tetapi mungkin hanya selepas beliau mati.
Infinite Jest
Novel tulisan David Foster Wallace ini memang diketahui cukup tebal (lebih 1000 mukasurat) dan mempunyai jalan cerita yang pelik. Selepas kematian mengejut Wallace pada tahun 2008, terdapat laporan yang menyatakan Wallace sedang dalam proses untuk mengadaptasi novelnya ini ke filem dengan bantuan Sam Jones tetapi ia masih tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.
Nostromo
F. Scott Fitzgerald pernah menyatakan bahawa beliau lebih rela menulis novel Nostromo berbanding novel lain. Walaupun novel Nastromo tulisan Joseph Conrad ini pernah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen, ia tidak pernah mendapat peluang untuk diadaptasi ke dalam bentuk filem sebenar yang boleh ditonton di panggung wayang. Ada yang menyatakan ia adalah untuk menghormati pengarah filem tersohor David Lean yang menjadikan projek adaptasi novel ini sebagai projek utama dalam karier beliau tetapi malangnya beliau meninggal dunia sebelum beliau dapat memulakan penggambaran filem adaptasi novel ini.
***
Ubik
Percaya atau tidak, masih terdapat novel tulisan Philip K. Dick yang masih belum diadaptasi ke dalam bentuk filem. Pada tahun 1974, pembikin filem Jean-Pierre Gorin pernah mengupah Dick untuk mengadaptasi sendiri novel ini tetapi ia tidak pernah difilemkan. Pada tahun 2011, Michael Gondry dikatakan dipilih untuk mengarah adaptasi filem novel ini tetapi baru-baru ini Gondry menyatakan beliau tidak lagi terlibat dalam projek adaptasi novel ini.
***
Sumber: Mental Floss
Sumber gambar: google image