Pernahkah anda berasa risau tentang sindrom ketagihan buku? Jika anda memiliki gejala-gejala di bawah, anda mungkin sedang mengalami ketagihan.
1. Lebih 90% benda yang anda miliki dan idamkan adalah buku.
2. Jika ada orang yang berbual tentang adaptasi buku ke dalam bentuk filem atau drama, satu-satunya perkara yang anda boleh kata adalah buku adalah lebih bagus dari adaptasi filem atau dramanya.
3. Orang-orang yang anda kenali mempunyai poster kumpulan muzik atau filem di dinding bilik mereka tetapi dinding bilik anda dipenuhi dengan psoter buku atau rak buku.
4. Bilik anda dipenuhi dengan buku yang begitu banyak sehingga terpaksa diletakkan di lantai, katil meja dan sebagainya.
5. Antara sahabat baik anda adalah sahabat "imaginasi". Mereka merupakan karekter dari buku-buku kegemaran anda.
6. Anda adalah orang yang selalu dicari jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan cadangan untuk membeli apa-apa buku.
7. Anda mampu mengubah arah tuju apa-apa perbualan supaya berkisar tentang buku kegemaran anda.
8. Ketika tidur, anda tidak bermimpi seperti orang lain. Sebaliknya anda bermimpi tentang buku, karekter-karekter buku dan pengembaraan yang anda baca di dalam buku.
9. Anda mungkin akan melakukan apa sahaja jika anda diberi peluang untuk hidup di dalam dunia buku kegemaran anda walaupun hanya untuk sehari.
10. Jika anda dalam bahaya mati kesejukan, anda lebih rela menghidupkan api menggunakan pakaian, kasut malah rambut anda sendiri berbanding buku.
***
Sumber: The Guardian