Bagi seorang pembaca, mendapatkan fokus dan konsentrasi ketika membaca adalah perkara yang amat penting khususnya di zaman moden ini yang memiliki begitu banyak gangguan yang mengganggu fokus dan konsentrasi seorang pembaca. Berikut adalah beberapa kaedah yang mungkin boleh membantu anda dalam meningkatkan fokus dan konsentrasi ketika membaca.
Jangan membaca di atas katil
Memang tidak dinafikan kita semua gemar membaca sambil berbaring di atas katil tetapi bahaya membaca di atas katil adalah kita akan cepat tertidur. Cara yang lebih baik untuk membaca adalah dengan membaca ketika duduk atau apa saja posisi yang anda selesa. Baca ketika minda anda dalam keadaan jelas dan fokus.
Baca buku bersendirian
Membaca bukan aktiviti berkumpulan. Anda perlu meluangkan masa untuk membaca berseorangan, bebas dari sebarang gangguan seperti televisyen, talifon bimbit dan sebagainya.
Baca buku bercetak
Banyak kajian terbaru yang menunjukkan membaca buku bercetak/fizikal lebih memberi manafaat daripada membaca buku elektronik. Antara kebaikan membaca buku bercetak adalah ianya memberikan anda lebih pemahaman dan daya ingatan.
Gariskan perkataan atau ayat
Walaupun menggaris perkataan atau ayat di dalam buku adalah perkara yang paling anda tidak mahu lakukan, ia sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan. Ini adalah kerana ia bertindak seperti nota mental untuk anda dan perkataan atau ayat yang anda garis akan bertahan lebih lama di dalam ingatan anda.
Buat nota
Anda bukan sahaja digalakkan menggaris, malah anda juga digalakkan untuk membuat nota tentang apa yang anda baca. Ini membolehkan anda melatih diri anda menganalisa dan memikirkan apa yang anda baca dan bukan hanya setakat membaca sahaja.
Baca semula untuk pemahaman yang lebih jelas
Membaca semula buku yang anda sedang baca bukanlah cara terbaik untuk menyudahkan bacaan buku anda dengan pantas tetapi ia sudah tentunya akan memberikan anda pemahaman yang lebih tentang apa yang anda baca.
Baca dengan kuat
Baru-baru ini, terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa membaca dengan kuat akan memberikan anda fokus dan konsentrasi yang lebih. Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa membaca dengan kuat akan memberikan anda lebih daya ingatan.
***
Sumber: Huffington Post