Jika anda beranggapan bahawa penggemar buku hanya boleh ditemui di perpustakaan atau kedai buku sahaja, anggapan anda mungkin salah. Penggemar buku boleh ditemui mana-mana dan salah satunya adalah di televisyen. Berikut adalah beberapa contoh watak di dalam siri televisyen terkenal yang merupakan seorang penggemar buku yang tegar.
Rory Gilmore (Gilmore Girls)
Jika anda mengikuti siri drama Gilmore Girls, anda pasti menyedari bahawa Rory memang seorang pembaca tegar. Adalah sesuatu yang pelik apabila melihat Rory tidak memegang buku atau mempunyai buku berhampiran dengannya.
Brian Griffin (Family Guy)
Dalam siri animasi Family Guy, Brian Griffin boleh dikira sebagai ahli keluarga Griffin yang paling bijak. Brian bukan sahaja membaca dengan banyak, malah turut menulis bukunya sendiri bertajuk Faster Than The Speed of Love yang menyebabkan Brian selalu diperli oleh ahli keluarganya sendiri.
Lisa Simpson (The Simpsons)
Dalam siri animasi The Simpsons, Lisa sering dilihat sebagai watak yang paling bijak. Beliau bukan sahaja bijak, malah merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan mungkin juga watak yang paling hebat dalam siri The Simpsons.
Daria Morgendorffer (Daria)
Daria dilihat sebagai seorang gadis yang terasing dari lingkungan sosialnya tetapi itu bukanlah satu masalah kerana itu adalah pilihan Daria sendiri. Buku menjadi teman beliau untuk melarikan diri dari segala kebodohan yang beliau terpaksa hadapi setiap hari di sekolah beliau.
Max Braverman (Parenthood)
Max mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan orang lain akibat daripada sindrom Asperger yang dihadapinya. Jadi, buku memberikan beliau peluang untuk mengembara jauh ke dalam imaginasinya sendiri tanpa gangguan orang lain.
***
Sumber: Bustle