Ketagihan buku sering terjadi kepada seorang pembaca. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk memastikan yang anda memang seorang yang benar-benar ketagihan?
Berikut adalah beberapa tandanya.
1. Lebih 90 peratus benda yang anda mahu samada untuk hari lahir anda, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya adalah buku.
2. Anda sentiasa merasakan apa saja bentuk adaptasi daripada buku samada dalam bentuk filem, drama pentas dan sebagainya tidak akan dapat menandingi buku asalnya.
3. Dinding bilik anda ditutupi oleh rak buku, poster buku dan poskad buku.
4. Bilik anda dipenuhi dengan buku sehinggakan lantai bilik anda, meja anda dan almari ini juga dipenuhi dengan buku.
5. Cita-cita anda adalah untuk menjadi seperti penulis kegemaran anda.
6. Ada di kalangan rakan-rakan anda hanya "wujud" dalam imaginasi anda sahaja iaitu karekter-karekter dari buku kegemaran anda.
7. Anda perlu dilukai atau patah hati akibat daripada karekter-karekter di dalam buku yang anda baca.
8. Anda adalah orang yang dicari apabila rakan-rakan mahukan cadangan buku yang patut dibaca
9. Anda boleh memusingkan atau membawa apa sahaja perbualan kepada buku kegemaran anda.
10. Anda juga boleh memasukkan apa saja petikan dari buku kegemaran anda dalam perbualan harian anda walaupun ia tiada kena mengena dengan buku yang anda baca.
11. Anda sentiasa bermimpi tentang buku tidak kira samada ketika anda sedang tidur atau berjaga.
12. Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat peluang hidup walaupun hanya sehari dalam dunia buku kegemaran anda.
13. Anda bercadang menamakan anak-anak anda dengan nama karekter dari buku kegemaran anda.
14. Anda sentiasa menghadiahkan diri anda dengan buku.
15. Jika anda dalam kesejukan dan perlu sesuatu untuk memanaskan badan, anda lebih sanggup membakar pakaian anda daripada buku yang anda bawa.
***
Sumber: The Guardian