Ramai yang menyangka bahawa kemunculan buku elektronik (atau e-buku)akan membunuh buku fizikal namun hasil kajian terbaru ini mungkin membuktikan bahawa jangkaan ini salah.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh professsor linguistik Naomi Baron, didapati majoriti pelajar memilih buku fizikal berbanding e-buku. Kajian yang dijalankan terhadap 300 orang pelajar universiti yang berasal dari Amerika, Jepun, Jerman dan Slovakia menunjukkan bahawa 92 peratus pelajar menyatakan mereka boleh memberikan tumpuan yang lebih kepada buku fizikal berbanding e-buku.
Walaupun begitu, Naomi Baron menyatakan bahawa data tersebut hanya menunjukkan tentang aspek tumpuan. Dari aspek pemahaman tentang apa yang dibaca pula, beliau berpendapat ianya tidak akan menunjukkan sebarang perbezaan ketara antara mereka yang membaca buku fizikal atau e-buku.
***
Sumber: Mashable