Rabu, 7 Oktober, 1942
Saya membayangkan. . .
Saya pergi ke Switzerland. Ayah dan saya tidur di dalam satu bilik manakala bilik bacaan budak-budak lelaki ditukar menjadi ruang tamu di mana saya boleh menerima tetamu saya. Sebagai kejutan, mereka membelikan perabot baru untuk saya termasuk meja teh, sebuah meja, kerusi tangan dan katil kayu jati. Semuanya sangat cantik. Selepas beberapa hari, ayah memberikan saya 150 guilder -- yang sudah tentunya sudah ditukar ke matawang Swiss tetapi saya memanggilnya guilder -- dan Ayah menyuruh saya membeli apa sahaja yang saya perlukan untuk diri saya. (Selepas itu, saya mendapat satu guilder setiap minggu yang juga saya gunakan untuk membeli apa saja yang saya mahu.) Saya keluar bersama Bernd dan membeli:
3 baju dalam kapas @ 0.50 = 1.50
3 seluar dalam kapas @ 0.50 = 1.50
3 baju dalam bulu biri-biri @ O. 75 = 2.25
3 seluar dalam dalam bulu biri-biri @ O. 75 = 2.25
2 kain dalam @ 0.50 = 1.00
2 coli (saiz paling kecil) @ 0.50 = 1.00
5 baju tidur @ 1.00 = 5.00
1 jubah musim panas @ 2.50 = 2.50
1 jubah musim sejuk @ 3.00 = 3.00
2 sarung tilam @ O. 75 = 1.50
1 bantal kecil @ 1.00 = 1.00
1 pasang selipar ringan @ 1.00 = 1.00
1 pasang selipar pemanas kaki @ 1.50 = 1.50
1 pasang kasut musim panas (untuk sekolah) @ 1.50 = 1.50
1 pasang kasut musim panas (untuk bergaya) @ 2.00 = 2.00
1 pasang kasut musim sejuk (untuk sekolah) @ 2.50 = 2.50
1 pasang kasut musim sejuk (untuk bergaya) @ 3.00 = 3.00
2 apron @ 0.50 = 1.00
25 sapu tangan @ 0.05 = 1.00
4 pasang stokin sutera @ 0.75 = 3.00
4 pasang stokin panjang @ 0.50 = 2.00
4 pasang stokin @ 0.25 = 1.00
2 pasang stokin tebal @ 1.00 = 2.00
3 gulung benang kait putih (seluar dalam, kep) = 1.50
3 gulung benang kait biru (baju panas, skirt) = 1.50
3 gulung benang kait pelbagai warna (kep, skarf) = 1.50
Skarf, tali pinggang, kolar, butang = 1.25
Termasuk 2 dres sekolah (musim panas), 2 dres sekolah (musim sejuk), 2 dres cantik (musim panas), 2 dres cantik (musim sejuk), 1 skirt musim panas, 1 skirt musim sejuk yang bagus, 1 skirt musim sejuk untuk sekolah, 1 baju hujan, 1 kot musim panas, 1 kot musim sejuk, 2 topi, 2 kep. Kesemuanya berjumlah 10g.00 guilder.
2 dompet, 1 pakaian luncur ais, 1 pasang kasut luncur ais, 1 bekas (mengandungi bedak, krim kulit, krim asas, krim pembersih, losyen matahari, kapas, kit kecemasan, pemerah pipi, pemerah bibir, pensil melukis bulu kening, garam mandi, serbuk mandi, eau de cologne, sabun, paf bedak).
Termasuk juga 4 baju sejuk @ 1.50, 4 blaus @ 1.00, lain-lain barang @ 10.00 dan buku, hadiah @ 4.50.
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.