Minat membaca memang mendatangkan banyak kebaikan. Kini satu lagi kebaikan membaca boleh diambilkira. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Padova terhadap 5280 orang dari Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Perancis, German, Itali, Belanda dan Sweden yang lahir di antara tahun 1920 hingga 1956. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa mereka yang membaca sekurang-kurangnya sepuluh buku yang tidak diwajibkan kepada mereka mempunyai pendapatan 21 peratus lebih banyak.
Adakah anda merasakan tabiat membaca anda mempengaruhi gaji anda sekarang atau pada masa hadapan?
***
Sumber: Electric Literature