Anda ingin mencari pasangan hidup tetapi kurang pasti apakah kriteria pasangan yang sesuai? Anda tidak perlu cari jauh. Carilah pasangan yang suka membaca. Kenapa? Berikut adalah sebab-sebabnya.
1. Mereka membaca
Salah satu sebab utama anda perlu jatuh cinta dengan seorang pembaca adalah kerana mereka membaca. Orang yang suka membaca sudah terbiasa memberikan sepenuh cinta mereka kepada cerita dan karekter yang mereka suka di dalam buku yang mereka baca dan sudah tentunya perkara yang sama juga akan berlaku jika mereka menjadi pasangan anda.
2. Mereka orang yang bijak
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang sentiasa membaca mempunyai daya fikiran yang lebih tinggi kerana ia memerlukan mereka untuk memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam setiap perenggan buku yang mereka baca.
3. Mereka orang yang kreatif
Jika anda mahukan seseorang yang kreatif dalam mengatur rancangan temujanji, seorang bibliofil adalah calon paling sesuai. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Toronto, orang yang kuat membaca adalah seorang yang kreatif kerana mereka tidak begitu memerlukan kestabilan dan kepastian. Mereka bergerak mengikut arus dan terbuka terhadap sebarang kemungkinan.
4. Mereka berfikiran terbuka
Seperti yang dinyatakan, mereka terbuka terhadap sebarang kemungkinan dan idea baru kerena mereka sudah terbiasa menjelajah konsep baru yang berbeza dengan apa yang mereka sudah tahu atau percaya.
5. Mereka seorang yang tekun
Menjadi seorang pembaca bermakna mereka sudah terbiasa memberikan perhatian dan ketekunan terhadap sebarang perincian di dalam buku yang mereka baca dan sudah tentunya ia bukan menjadi satu permasalahan untuk mereka memberikan perhatian kepada anda.
6. Mereka seorang yang penyabar
Aktiviti membaca memang memerlukan kesabaran dan siapakah yang paling sabar jika bukan seorang pembaca.
7. Mereka seorang yang komited
Mengambilkira faktor 1 hingga 6, tidak syak lagi seorang pembaca adalah orang yang komited dalam memastikan hubungan anda berjaya.
***
Sumber: Daily Mail