Selain melawat kedai buku dan perpustakaan, ada satu tempat lagi yang mungkin boleh anda masukkan dalam senarai "pengembaraan sastera" anda iaitu tanah perkuburan yang menjadi tempat persemadian penulis-penulis tersohor. Berikut adalah beberapa contoh tanah perkuburan yang anda boleh lawati.
1. Greyfriars Kirkyard, Edinburgh, Scotland
Semasa menulis siri novel Harry Potter, J.K. Rowling selalu berjalan-jalan di Greyfriars Kirkyard dan di sini juga Rowling mendapat idea untuk nama-nama karekter di dalam novel Harry Potter yang cukup terkenal itu.
2. New Jewish Cemetery, Prague, Republik Czech
Bagi peminat Franz Kafka, tanah perkuburan ini wajib dikunjungi keranan di sini bersemadinya jasad Franz Kafka.
3. Sleepy Hollow Cemetery, Massachusetts, Amerika
Tanah perkuburan ini menjadi tempat persemadian Henry David Thoreau, Ralph Waldo Emerson, dan Louisa May Alcott.
4. Pere Lachaise, Paris, Perancis
Tanah perkuburan ini pula menjadi tempat persemadian Oscar Wilde, Gertrude Stein, Richard Wright, Emile Zola, Victor Hugo, dan Marcel Proust.
5. Woodlawn Cemetery in Elmira, New York
Tanah perkuburan ini menjadi tempat persemadian penulis tersohor Mark Twain. Ia menjadi destinasi yang cukup popular kerana panoramanya yang indah. Malah terdapat juga pakej lawatan perkuburan waktu malam yang anda boleh sertai.
6. Holy Trinity Church, Warwickshire, England
Di dalam gereja ini bersemadinya William Shakespeare dan anda boleh melawatnya pada bila-bila masa yang anda mahu.
7. Forrest Hills Cemetery, Massachusetts, Amerika
Jika anda peminat puisi, di sini bersemadinya penulis puisi terkenal iaitu E.E. Cummings dan Anne Sexton. Ada juga beberapa kubur unik yang mungkin akan menarik perhatian anda.
8. Ketchum Cemetery, Idaho, Amerika
Tanah perkuburan ini adalah tempat bersemadinya Ernest Hemingway. Kebanyakan pengunjung yang datang melawat kubur Hemingway biasanya akan meninggalkan syiling atau meminum segelas arak sebagai tanda penghormatan kepada Hemingway.
9. Memory Hill Cemetery, Georgia, Amerika
Penulis tersohor Flannery O'Connor bersemadi di tanah perkuburan ini. Di samping itu, terdapat juga kubur wira-wira tempatan yang turut bersemadi di tanah perkuburan ini yang mungkin boleh menarik minat anda untuk mengkaji sejarah mereka dan tempat ini.
10. St Thomas A. Beckett's Churchyard, Heptonstall, England
Sylvia Plath disemadikan di tanah perkuburan ini. Selain melawat tanah perkuburan ini, banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di pekan kecil ini.
***
Sumber: Bustle