Anda mungkin bukan seorang pembaca tetapi anda mungkin memiliki pasangan yang gemar membaca. Berikut adalah beberapa tips tentang bagaimana melayan pasangan anda yang suka membaca.
1. Jangan bercakap ketika mereka sedang membaca
Melainkan ia memang benar-benar penting, anda dinasihatkan untuk bercakap atau cuba berbual dengan mereka ketika mereka sedang membaca
2. Hormati pasangan fiksyen mereka
Setiap pembaca mempunyai karakter fiksyen yang mereka gemari di dalam novel yang mereka baca. Jadi anda jangan merasa iri hati jika mereka sering bercakap tentang karekter fiksyen kegemaran mereka.
3. Buku adalah hadiah paling sesuai
Anda mungkin tidak perlu risau untuk memilih hadiah yang sesuai untuk pasangan anda kerana mereka sentiasa merasakan buku adalah hadiah terbaik dalam apa saja keadaan.
4. Jangan kata filem adalah lebih bagus dari buku
Jika anda menonton filem adaptasi daripada buku, elakkan untuk menyatakan bahawa filem adaptasi tersebut adalah lebih bagus dari bukunya.
5. Pulangkan buku yang anda pinjam
Setiap pembaca sentiasa sudi meminjamkan buku mereka tetapi anda perlu berhati-hati jika anda tidak memulangkan buku yang anda pinjam daripada mereka.
6. Jangan lipat buku yang anda pinjam
Setiap pembaca memiliki tabiat yang berbeza namun secara umumnya mereka mahu anda melayan buku mereka dengan penuh rasa hormat. Jadi jika anda meminjam buku mereka, pastikan anda menjaganya dengan baik.
7. Anda tidak perlu baca setiap buku yang mereka cadangkan
Jika anda memiliki pasangan yang suka membaca, mereka akan menyuruh membaca banyak jenis buku. Tetapi anda tidak perlu risau jika anda tidak membaca setiap buku yang anda cadangkan.
8. Tetapi anda perlu membaca buku paling penting yang mereka cadangkan
Kadang-kadang agak susah untuk memilih buku yang pasangan anda mahu anda baca kerana terdapat begitu banyak buku yang dicadangkan. Tetapi jika ia buku yang paling digemari pasangan anda, sudah pastinya pasangan anda akan berasa begitu bahagia jika anda membacanya.
9. Membaca dengan kuat adalah salah satu cara untuk menjadi romantik
Membaca dengan kuat bukan hanya untuk kanak-kanak. Pembaca memerlukan masa untuk membaca tetapi mereka fleksibel tentang cara membaca.
11. Baca!
Sudah tentunya cara paling pantas dan terbaik untuk membahagiakan pasangan anda yang suka membaca adalah dengan anda menanam minat membaca seperti pasangan anda.
***
Sumber: Bustle