Bagi seorang pembaca yang serius, mengunjungi perpustakaan yang hebat merupakan salah satu kewajiban. Namun perpustakaan manakah yang patut dikunjungi?
Berikut adalah beberapa contoh perpustakaan yang pastinya memberikan pengalaman yang mengujakan kepada sesiapa sahaja.
Library Hall, Clementinum, Prague, Republik Czech
Bangunan ini merupakan sebahagian daripada kompleks Clementinum yang dihiasi dengan fresco yang dihasilkan oleh Josef Diebel. Ada lagenda yang menyatakan bahawa ketika perpustakaan ini dimulakan pada tahun 1622, ia hanya mempunyai satu buku tetapi ia bertambah sehingga menajdi 20,000 buku.
The Royal Library Copenhagen, Denmark
Dikenali sebagai "Permata Hitam", perpustakaan ini dibina pada tahun 1999 dan menjadi perpustakaan paling besar di Scandinavia dan memiliki hampir kesemua buku yang pernah dicetak di Denmark.
Library of Congress, Washington, Amerika
Selepas bangunan perpustakaan asalnya terbakar pada tahun 1814, presiden Amerika ketika itu Thomas Jefferson menawarkan perpustakaan peribadinya sebagai ganti. Kini perpustakaan ini memiliki lebih 32 juta buku.
New York Public Library, New York, Amerika
Perpustakaan ikonik ini menjadi destinasi wajib kepada sesiapa yang berkunjung ke New York. Disamping koleksi bukunya, para pengunjung juga boleh melihat mural yang menarik yang dihasilkan oleh Richard Haas.
Marciana Library, Venice, Itali
Antara perpustakaan tertua di Itali, ia mula dibina pada tahun 1527 dan pembinaannya mengambil masa lebih 50 tahun. Kebanyakan koleksi buku di perpustakaan ini adalah buku yang disumbangkan oleh para penerbit buku kerana terdapat satu undang-undang yang dikuatkuasakan pada tahun 1603 yang mewajibkan setiap penerbit buku menyumbangkan satu naskah setiap buku yang mereka terbitkan ke perpustakaan ini.
Trinity College Old Library, Dublin, Ireland
Selain senibinanya yang menarik, perpustakaan ini turut menyimpan naskah Book of Kells yang cukup popular.
Stuttgart City Library, German
perpustakaan ini dibina sebagai tempat untuk para pencinta buku dan budaya berkumpul. Perpustakaan ini juga dibuka pada waktu malam untuk para pengunjung.
Bibliotheca Alexandrina, Alexandria, Mesir
Bangunan asal perpustakaan ini telah musnah 1600 tahun dahulu dan perpustakaan ini dibina dengan harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan perpustakaan Alexendria. Di dalam perpustakaan ini juga terdapat empat muzium yang boleh dikunjungi.
Bodleian Library, Oxford University, England
Ramai yang mungkin tahu mengenai perpustakaan ini kerana penggambaran filem Harry Potter pernah dijalankan di dalam perpustakaan ini. Pada masa yang sama, perpustakaan ini sebenarnya memiliki sejarah yang panjang yang anda boleh pelajari.
***
Sumber: New Zealand Herald