Mencari rak buku yang unik dan lain daripada yang lain bukanlah satu perkara yang mudah. Tetapi tidak bagi Sebastian Errazuriz yang membina rak buku daripada dahan pokok yang telah jatuh. Ilham untuk menghasilkan rak buku dahan ini datang ketika beliau berjalan di sekitar bandar di Santiago, Chile dan menemui satu dahan pokok. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk menukarnya menjadi sebuah rak buku.
Rak buku ini diberi nama "Bilbao" sempena nama jalan di mana dahan pokok ini dijumpai.
***
Sumber: Bored Panda