Kini anda ada satu lagi sebab untuk mengatakan bahawa membaca adalah baik untuk seseorang. Satu kajian terbaru yang dijalankan oleh perkhidmatan mencari jodoh MyBae yang beroperasi di United Kingdom menyatakan bahawa minat membaca boleh membuatkan seseorang nampak "seksi".
Melalui kajian yang dijalankan terhadap pengguna perkhidmatan MyBae, didapati 21 peratus pengguna perkhidmatan mencari jodoh ini mencari pasangan yang mempunyai minat yang ada kena mengena dengan membaca. 11 peratus pengguna pula didapati cuba mencari pasangan yang minat membaca.
***
Sumber: Inquisitr