Rabu, 4 Oktober, 1942
Kehadapan Kitty,
Saya sangat sibuk. Semalam saya mula menterjemah satu bab dari La Belle Nivemaise dan menulis perkataan. Kemudian saya menyiapkan kerja sekolah matematik yang sangat susah dan di samping itu menterjemah tiga mukasurat perkataan (tatabahasa) Perancis. Hari ini, tatabahasa Perancis dan sejarah. Secara mudahnya saya tidak mahu melakukan kerja sekolah matematik yang susah setiap hari. Ayah juga berpendapat sama.
Saya sedikit bijak dalam matematik berbanding ayah saya walaupun hakikatnya kami berdua tidaklah sehebat mana. Jadi kami selalu meminta pertolongan Margot. Saya juga sedang berlatih trengkas, yang mana saya amat menggemarinya. Dalam ketiga-tiga kami, saya yang paling menunjukkan kemajuan.
Saya telah membaca The Storm Family. Ia agak bagus tetapi ia tidak dapat menandingi Joop ter Heul. Apapun, perkataan yang sama boleh dijumpai di dalam kedua-dua buku dan ia bukanlah perkara yang pelik kerana ia ditulis oleh penulis yang sama. Cissy van Marxveldt adalah seorang penulis yang hebat. Saya sudah tentu akan menyuruh anak-anak saya nanti membaca bukunya.
Tambahan lagi, saya banyak membaca drama-drama pentas Korner. Saya sukakan cara dia menulis. Sebagai contoh, Hedwig, Si Sepupu dari Bremen, Si Pengasuh, Si Domino Hijau, dll.
Ibu, Margot dan saya kembali menjadi sahabat baik. Sebenarnya ia lebih bagus begitu. Semalam Margot dan saya berbaring bersebelahan di atas katil saya. Ia sangat sempit tetapi itulah membuatkan ia berasa seronok. Margot bertanya samada dia boleh membaca diari saya sekali-sekala.
"Sebahagian sahaja," kata saya, dan bertanya tentang diari dia pula. Dia juga membenarkan saya membaca diarinya.
Perbulan kami kemudian beralih kepada masa hadapan kami dan saya bertanya apa yang dia mahu jadi apabila sudah dewasa kelak. Dia tidak mahu memberitahu saya dan dia agak berahsia tentangnya. Saya rasa ia ada kena mengena dengan mengajar; sudah tentunya saya tidak berapa pasti tetapi saya rasa ia lebih kurang begitu. Saya sebenarnya tidak patut menjadi terlalu penyibuk mengenainya.
Pagi tadi saya berbaring di atas katil Peter selepas saya menghalaunya dari katilnya. Dia sangat marah tetapi saya tidak peduli. Dia sepatutnya menimbang untuk lebih bersikap baik dengan saya dari masa ke masa. Lagipun, saya ada memberikan dia sebiji epal malam semalam.
Saya pernah bertanya kepada Margot samada dia merasakan saya seorang yang hodoh. Dia kata saya seorang yang comel dan memiliki mata yang cantik. Ia agak kabur, bukan?
Apapun, jumpa lagi nanti!
Anne Frank
Nota Kaki: Pagi tadi kami bergilir-gilir menimbang berat badan kami. Sekarang Margot seberat 123 paun, Ibu 136, Ayah 155, Anne 96, Peter 149, Puan van Daan 117, Encik van Daan 165. Sejak tiga bulan saya berada di sini, berat badan saya bertambah 19 paun. Banyak bukan?
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.