Tentu ramai daripada kita yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Namun pelbagai kekangan timbul yang faktor kita membataskan hasrat tersebut. Salah satunya faktor yang sering disebut adalah faktor umur yang sudah agak lambat untuk mula menulis. Tetapi tidak bagi penulis-penulis ini.
Berikut adalah beberapa contoh penulis terkenal yang memulakan karier menulis, menghasilkan buku atau menjadi terkenal pada usia yang agak lewat berbanding kebanyakan penulis lain.
1. James A. Michener
Pemenang Hadiah Pulitzer ini menulis lebih empat puluh buah buku selepas usianya menjangkau empat puluh tahun atau purata satu buku setiap tahun.
2. Sherwood Anderson
Beliau bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang cat sebelum meletakkan jawatan dan menceburi bidang penulisan pada usia empat puluh tahun. Beliu terkenal dengan novelnya yang berjudul Winesburg yang diterbitkan ketika beliau berusia empat puluh tiga tahun.
3. Laura Ingalls Wilder
Terinspirasi daripada anak perempuannya, Wilder mula menulis pada usia empat puluhan. Beliau hanya menjadi terkenal dua puluh tahun kemudian selepas novelnya yang berjudul Litthe House in the Big Woods diterbitkan.
4. Raymond Chandler
Chandler dibuang kerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat minyak dan beliau mengisi masa terluangnya dengan menulis novel fiksyen detektif. Novel pertamanya diterbitkan ketika beliau berusia empat puluh empat tahun.
5. Helen DeWitt
Sama seperti Chandler, DeWitt juga berusia empat puluh empat tahun ketika novel pertamanya The Last Samurai diterbitkan pada tahun 2000. Sebelum itu, beliau melakukan banyak kerja-kerja sampingan dan pada masa yang sama meluangkan masa untuk menulis.
6. Marquis de Sade
Sade hanya mula menulis secara serius pada umur empat puluh tujuh tahun dan salah satu sebabnya adalah kerana ketika itu beliau dipenjarakan atas kesalahan seksual. Salah satu cara beliau mengisi masa lapang di dalam penjara adalah dengan menulis novel pertamanya Justine yang diterbitkan empat tahun kemudian.
7. Wallace Stevens
Secara asasnya, karya-karya Steven mula diterbitkan di dalam majalah ketika beliau berusia tiga puluh lima tahun dan bekerja di sebuah syarikat insuran. Namun kebanyakan tulisannya yang terkenal ditulis selepas beliau berusia lima puluh tahun.
8. Anna Sewell
Satu-satunya tulisan Sewell yang diterbitkan adalah novel terkenal Black Beauty. Beliau hanya mula menulis pada usia lima puluh satu tahun ketika kesihatan beliau mula menjadi teruk. Novelnya diterbitkan enam tahun kemudian dan beliau meninggal dunia lima bulan selepas novelnya diterbitkan.
9. Frank McCourt
Memoir beliau yang diberi judul Angela's Ashes diterbitkan ketika beliau berusia enam puluh enam tahun. Memoirnya ini telah dipilih untuk memenangi Hadiah Pulitzer.
10. Harriet Doerr
Novel pertama beliau yang diberi judul Stones of Ibarra diterbitkan ketika beliau berusia tujuh puluh empat tahun. Dia mula menulisnya pada usia enam puluhan. Novel ini dipilih sebagai pemenang Anugerah Buku Kebangsaan di Amerika. .
11. Millard Kaufman
Kaufman lebih terkenal sebagai penulis skrip namun itu tidak menghalangnya untuk menulis novel. Buktinya, novel pertamanya diterbitkan ketika beliau berusia sembilan puluh tahun.
***