Bagi seorang pembaca, buku adalah segala-galanya. Kadang-kadang mereka lebih menyukai buku dari manusia. Berikut adalah tanda-tanda anda mungkin menyukai buku daripada manusia.
1. Anda lebih banyak mengambil foto rak buku dan buku berbading gambar anda sendiri
2. Perbelanjaan anda hanya ada dua: 1) Buku 2) Lain-lain
3. Anda lebih sedih apabila watak kegemaran anda mati berbanding orang lain
4. Anda tahu seseorang telah "menyentuh" buku anda walaupun anda tidak tahu siapa
5. Anda menolak untuk hadir banyak majlis kerana anda mahu membaca buku
6. Anda tidak kisah membaca buku fizikal atau e-buku
Adakah ada tanda-tanda lain yang anda rasa patut ditambah di sini? Anda boleh nyatakannya di ruang ulasan.
***
Sumber: Bustle