Antara masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah perpustakaan adalah buku yang lambat dipulangkan. Berikut adalah beberapa contoh buku-buku perpustakaan yang mengambil tempoh masa yang begitu lama sebelum dipulangkan kembali.
1. The Law of Nations
Tahun dipinjam: 1789
Tahun dipulangkan/diganti: 2010
George Washington meminjam buku ini dari New York Society Library pada tahun 1789. Ia diganti 221 tahun kemudian dengan jumlah denda terkumpul lebih RM1,000,000.
2. Days and Deeds
Tahun dipinjam: 1955
Tahun dipulangkan: 2002
Buku ini dipulangkan semula dengan denda terkumpul sebanyak RM1,200. Emily Canellos-Simms membayar denda ini kepada Kewanee Public Library di Illinois selepas menjumpai buku ini di rumah ibunya.
3. Kulmale Maale
Tahun dipinjam: 1944
Tahun dipulangkan: 2013
Buku ini dipulangkan kepada Tallinn Central Library di Estonia selepas 69 tahun dipinjam. Peminjamnya menyalahkan pengemboman terhadap perpustakaan ini ketika zaman perang dan bukan sikapnya yang sambil lewa sehingga menyebabkan buku ini lewat dipulangkan.
4. The Picture of Dorian Gray
Tahun dipinjam: 1934
Tahun dipulangkan: 2012
Harlean Hoffman Vision memulangkan kembali novel tulisan Oscar Wilde ini kepada Chicago Public Library ketika perpustakaan ini membuat promosi pemulangan buku tanpa dikenakan sebarang denda lewat.
5. Structure and Function in Primitive Society
Tahun dipinjam: 1953
Tahun dipulangkan: 2014
Ron Webster berjaya mengelak membayar denda RM24,000 ketika dia memulangkan kembali buku ini kepada perpustakaan Universiti Liverpool’s library. Beliau menyatakan beliau terlalu terkesan dengan buku ini sehinggakan beliau mengambil keputusan untuk menyimpannya.
***
Sumber: i100