Setiap pembaca sudah tentunya mahukan rak buku yang tersusun. Namun begitu, apakah cara terbaik untuk menyusun sesebuah rak buku? berikut adalah beberapa cara yang boleh diikuti.
1. Mengikut abjad
Salah satu cara yang biasa digunakan adalah mengikut abjad. Anda boleh melakukannya mengikut abjad nama penulis ataupun tajuk buku.
2. Mengikut genre
Ini adalah cara paling mudah untuk menyusun buku anda dan juga memudahkan anda untuk mencari sesebuah buku mengikut genre yang anda mahu baca. Anda boleh menyusunnya mengikut genre komedi, klasik dan sebagainya.
3. Mengikut warna
Anda boleh menjadikan rak buku anda seperti pelangi jika anda menyusunnya mengikut warna. Anda juga boleh mewujudkan bahagian buku tertentu berdasarkan warnanya.
4. Mengikut penerbit
Salah satu lagi cara untuk menyusun buku anda adalah mengikut penerbit. Anda juga boleh mewujudkan bahagian-bahagian berbeza di rak buku anda mengikut penerbitnya supaya anda tidak terkeliru apabila menyusunnya.
5. Mengikut emosi
Jika anda tidak mahu mengikut cara biasa menyusun buku, anda boleh mengikuti cara ini. Anda boleh menyusun rak buku anda mengikut emosi yang ada pada buku tersebut ataupun berdasarkan nilai sentimental buku tersebut kepada anda. Sebagai contoh, anda boleh mengasingkan buku-buku yang dihadiahkan kepada anda oleh orang yang anda sayangi dan sebagainya.
***
Sumber: Times of India