Selasa, 5 November, 1942
Kehadapan Kitty,
Tentera British mencapai beberapa kejayaan di Afrika dan Stalingard juga masih berjaya dipertahankan. Jadi orang lelaki di Bilik Rahsia berasa gembira dan kami menikmati kopi dan teh pada pagi ini. Yang lain-lain pula tiada apa yang yang menarik untuk dilaporkan.
Mingu ini saya banyak membaca dan sangat sedikit membuat kerja. Begitulah sepatutnya kehidupan saya. Ianya adalah jalan yang pasti untuk menuju kejayaan.
Kebelakangan ini hubungan saya dan Ibu semakin semakin baik tetapi kami masih tidak rapat. Ayah tidak begitu berterus-terang tentang perasaannya tetapi dia masih seorang Ayah yang baik. Kami menghidupkan api dapur beberapa hari lalu dan seluruh bilik diselubungi asap. Saya lebih suka alat pemanas biasa dan saya rasa bukan saya sahaja yang menyukainya. Margot memang menjengkelkan (tiada perkataan lain yang lebih sesuai untuk menggambarkannya), sumber utama yang menyakitkan hati saya tidak kira siang, petang atau malam.
Anne Frank
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.