DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 31)


Sabtu, 7 November, 1942


Kehadapan Kitty,

Perangai Ibu semakin tidak keruan dan saya tidak begitu menyukainya. Adakah ianya hanya satu kebetulan apabila Ibu dan Ayah tidak pernah memarahi Margot dan selalu menyalahkan saya dalam apa jua hal. Contohnya pada malam semalam ketika Margot sedang membaca sebuah buku yang mengandungi gambar-gambar yang cantik; dia bangun dan meninggalkan buku itu sebentar untuk dibaca kemudian. Ketika itu saya tidak melakukan apa-apa. Jadi saya mengambil buku itu dan melihat gambar-gambarnya. Kemudian Margot kembali semula dan melihat saya sedang membaca "bukunya." Dia mengerutkan dahinya dan dengan marah meminta semula bukunya. Saya masih mahu membaca buku itu lagi. Margot menjadi semakin marah dan selang beberapa minit kemudian Ibu datang dan mencelah: "Margot sedang baca buku itu; beri semula buku itu kepada dia."

Kemudian Ayah pula datang. Dia mula memarahi saya tanpa tahu apa sebenarnya yang berlaku: "Ayah mahu lihat apa pula yang kamu akan buat jika Margot membaca buku kamu!"


Saya dengan serta merta menyerah-kalah, meletakkan buku itu mengikut arahan mereka dan meninggalkan bilik itu dengan "tergesa-gesa." Saya sebenarnya tidak tergesa-gesa atau tersinggung. Saya sebenarnya cuma sedih.


Ayah tidak sepatutnya menghakimi saya tanpa tahu apa isu sebenarnya. Saya sudah pastinya akan memulangkan sendiri buku itu dengan lebih cepat jika Ayah dan Ibu tidak masuk campur dan menyebelahi Margot seolah-olah dia telah dianiaya.

Seperti yang dijangka, Ibu menyebelahi Margot; mereka selalu menyebelahi antara satu sama lain. Saya sudah terlalu terbiasa dengannya sehinggakan saya sudah lali dengan leteran Ibu dan angin Margot. Saya menyayangi mereka tetapi hanya kerana mereka Ibu dan kakak saya. Saya tidak kisah langsung tentang mereka sebagai seorang manusia. Saya tidak kisah apa pun yang terjadi kepada mereka. Tetapi ia berbeza dengan Ayah. Apabila saya melihat Ayah menyebelahi Margot, menyokong setiap perbuatan Margot, memuji Margot, memeluk Margot, saya terasa seperti hati saya diramas-ramas kerana saya sangat menyayangi Ayah. Saya menjadikan Ayah sebagai idola saya dan tiada siapa yang saya lebih sayang melainkan Ayah saya. Dia tidak menyedari bahawa dia melayan Margot lebih dari saya. Kebetulan Margot seorang yang bijak, baik dan cantik dan yang paling bagus. Tetapi saya juga ada hak untuk dilayan seadilnya. Saya sering menjadi badut dan budak nakal dalam keluarga saya. Saya sentiasa perlu perlu membayar dua kali ganda bagi setiap kesalahan saya iaitu dengan leteran dan kesedihan saya selepas itu. Saya tidak lagi berasa puas dengan kasih sayang dan kata-kata nasihat yang palsu. Saya mahukan sesuatu dari Ayah yang dia tidak mampu berikan. Saya tidak iri hati dengan Margot dan saya tidak pernah pun berasa begitu. Saya tidak iri hati dengan kebijakan dan kecantikannya. Cuma saya juga mahu rasa yang Ayah juga menyayangi saya bukan kerana saya anaknya tetapi kerana diri saya sendiri, Anne. 

Saya bergantung kepada Ayah kerana perasaan benci saya kepada Ibu semakin bertambah setiap hari dan hanya melalui Ayah saya mampu terus berpaut kepada sisa-sisa perasaan kekeluargaan yang masih ada pada saya. Ayah tidak faham bahawa kadang kala saya perlu meluahkan perasaan saya tentang Ibu. Ayah tidak mahu berbual tentangnya dan dia mengelak untuk bercakap tentang apa-apa hal berkenaan kekurangan Ibu. Tetapi ia lebih susah bagi saya untuk berhadapan dengan Ibu dan segala kekurangannya. Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Saya memang boleh menghadapi segala kecuaian, sindirian dan sifat keras kepala Ibu tetapi saya tidak boleh terus dalam apa jua perkara. 

Saya memang berbeza dengan Ibu dan sudah tentunya ia membuatkan kami sering bertelagah. Saya tidak bermaksud untuk menghakiminya; saya tidak berhak menghakimi Ibu. Saya cuma melihat dia sebagai seorang Ibu. Dia bukan ibu kepada saya -- saya terpaksa menjadi ibu kepada diri sendiri. Saya tidak boleh bergantung kepada mereka. Saya menentukan jalan saya sendiri dan melihat ke mana ia akan membawa saya. Saya tiada pilihan kerana saya boleh membayangkan ciri-ciri seorang Ibu dan Isteri dan saya tidak nampak langsung ciri-ciri tersebut pada seorang perempuan yang saya perlu panggil sebagai seorang "Ibu."


Saya sering memberitahu diri saya untuk tidak ambil peduli sangat tentang sifat buruk Ibu. Saya hanya mahu melihat sisi-sisi baik Ibu dan menyimpan segala kekurangannya di dalam diri saya. Tetapi ia tidak berkesan dan yang paling teruknya adalah Ayah dan Ibu tidak sedar kekurangan diri mereka dan bagaimana saya sering menyalahkan mereka kerana mengecewakan saya. Adakah wujud Ayah dan Ibu yang boleh membuatkan anak mereka sentiasa gembira?

Kadang-kadang saya berasa Tuhan sedang menguji saya pada ketika ini dan pada masa hadapan. Saya perlu menjadi seorang manusia yang baik dengan sendiri tanpa mempunyai sesiapa sebagai contoh dan untuk menasihati saya tetapi ia akan membuatkan saya menjadi seorang yang lebih kuat pada masa hadapan. 


Siapakah orang selain saya yang akan membaca surat-surat ini? Kepada siapakah saya boleh mengadu? Saya sentiasa mahu ditenangkan, saya selalu rasa lemah dan selalunya saya gagal untuk mencapai apa yang saya mahu. Saya sedar tentang perkara ini dan setiap hari saya berhasrat untuk memperbaikinya. 

Mereka tidak konsisten dalam cara mereka melayan saya. Satu hari mereka akan memuji saya dan saya berhak untuk tahu tentang segala-galanya tetapi kemudiannya mereka akan berkata saya seorang budak yang lembab dan tidak tahu apa-apa dan merasakan dia tahu segalanya-galanya dengan hanya membaca buku! Saya bukannya budak lagi yang setiap perbuatannya boleh dipandang remeh. Saya mempunyai idea, rancangan dan falsafah hidup saya sendiri tetapi saya masih belum boleh menzahirkannya.

Tak kisah lah. Terlalu banyak perkara bermain dalam kepala saya apabila saya berseorang pada waktu malam atau pada waktu siang apabila saya terpaksa berhadapan dengan manusia yang saya tidak patuhi atau manusia yang sering salah faham tentang niat saya. Sebab itulah saya sering kembali kepada diari saya -- Saya bermula di sini dan mengakhirinya di sini kerana Kitty seorang yang penyabar. Saya berjanji dengan Kitty bahawa saya akan terus bertahan dan saya akan mencari jalan sendiri dan menahan air mata saya. Cuma saya harap saya boleh memperolehi sesuatu yang baik atau sekurang-kurangnya memperolehi dorongan daripada seseorang yang betul-betul menyanyangi saya.


Jangan marah saya tetapi fikirlah saya sebagai seseorang yang kadang-kala tidak boleh bersabar lagi!


Yang benar, 


Anne


***

Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.

ULASAN

Nama

1200bookshop 20.20 3 Dimensi 40 Days of Dating A Country Doctor A Series Of Unfortunate Events A Year Of Reading The World Aanwaric Abe Books Acara Buku Adam Adaptasi addylah Adila Adilah Afifah Agatha Christie Aidilfitri Aimi ain Ainur AirBnB Aishah Nurhakim Aizzat ajami Akira Kurosawa Aksesori Aktivisme Al Quran Albus Dumbledore Alex Baumhardt Alex Halberstard Alexander Petrov Alice In Wonderland Alicia Alina Amazon Amber American Railway Transportation American Writers Museum Amir Amir Muhammad Amira Amiri Amis Ammar Ammar Gazali Ammar Haziq amy Ana Raffali and Rare Book Library Andres Ayerbe Angelina Jolie Animal Farm Animasi Anis Ann Morgan Anna Karenina Anna Wigandt Anne Frank Anne Sylvie Boisliveau Aplikasi Aqidah Arab Archives Argentina Armando Milani Aroma ArsAas Arthur Conan Doyle Arthur Schopenhauer Atiqah Atka Zamimi Auden Austen Austin Kleon Awak Bior Azhar Aziff Azleena Azwan Ali Bangku Bar Barnes & Nobles Bas Basyirah Baucar Beauvoir Beethoven Beg Bell-Nett Mother Book belles lettres Ben Okri Ben Parr Benih Berita Buku Berjaya Biblio-mat Bibliofil Bilbo Baggins Bill Gates Binhai Bjork Blur Book Country Bookcourt Booklandia Booktubers Bookvibe Borders Brian J. Davis British Library Brothers Grimm Bruce Lee Bruce Lee Buku Buku Elektronik Buku Fizikal Buku Jarang Buku Kegemaran Buku Mewarna Buku Nota Buku Roti Buku Termal. Camille Leproust Buku Timbul Bumilangit Burdifilek C.S. Lewis cahaya bergelombang pendek Cambridge University Library Camus Canada's National Reading Campaign Catarina Marina CBC Books Cenderamata Cerita Haida Cervantes Charles Bukowski cherane cheryna Chinua Achebe Chip Kidd Chronicle Books Clarissa Lee Cléa Dieudonné Clete Kushida Coffey Architects Coklat Colorless Tsukuru And His Years Of Pilgrimage Condor Airlines Creative Haven Crowdfunding Cukai Cut Nyak Dhien Dahl Dahlia Dan Jurafsky Dana Awam Daniel Darwisy Daniel Genis daniel teoh David Bowie David Edwards David Willis DC Public Library Delillo Democratech Dentsu Deschutes Library dfahtastic Diari Anne Frank Dickens Dictionary of Untranslatables Didiey Diego Rivera Dinah Fried Dini Don Quixote Dongeng Donovan Beeson Drinkable Book project Drouet Duka Tuan Bertakhta E-Buku e-reader Edisi Pertama Eira Khan Ejaan Eleena Elegy for a Dead World Elizabeth Bowen Emily Bronte Emma Maembong Emma Watson Emoji En Attendant Godot Erik Knutzen Ernest Hemingway Erotika Eslite Esquire Etgar Keret Etsy Euny Hong Evolusi Fahmi Faizal Fakri Family Happiness Farah Syahira Farn Fasyfaru Fathi Aris Omar Fathi Faruq Fictitious Dishes Fiksyen Filem Firda Kahlo Firdaus Fitur Flame13th Florida Polytechnic University FLUX Foundation Fotograsfika Museum Francesco Marciuliano Francis Bacon Franciso Antolin Franz Franz Kafka Friedrich Nietzsche Frog Fyodor Dostoevsky Fyodor Dostoyevsky Gabriel Garcia Marquez Gajet Gaji Game of Thrones ganaesh Gelandangan gelung Genre Gensler George Orwell George Perec George Sand Gertrude Stein Gifu City Library Gilmore Girls Gina Gogol Goodnight Moon Goodreads Google Creative Lab Google Play Grammarly Great Maps Greek Grenoble Grimm GST Hadi Hadiah Hadiah Nobel Sastera Hafez Hafiz Halim Hanani Happy Meals Harold and the Purple Crayon Harper Lee Harry Potter Haruki Murakami Hashima Hasmi Hashim hayathaniza Heinrich Himmler Helen Fielding Hemingway Henning Lederer Herman Melville Herve This hidayah Hikayat Hang Tuah Hisyam Hizatul Hobbit Hostel Buku Hotel How Long to Read Hugo Hunter S. Thompson Husna Iceland ida_jj Idries Shah Ilyn Iman infografik Inovasi Inspirasi Instagram Intelligent Life iPhone IQ84 Iran Isabel Barbuzza Islam Islamic State Istana Istanbul IU Izzatti J Peder Zane J.K. Rowling Jack Kerouac Jaime de la Puente Jaket Buku Jakub Pavlovsky Jamal Raslan James Joyce Jane Jane Austen Jannah Jason Sperling Jazz Jean Paul Sartre Jeet Kun Do Jen Doll Jepun Jerman Jerry Brotton Jessica jhnrdzi Jiwa Joanna Paraszczuk Joe Hale John Spurling Jorge Luis Borges Jose Bartoli Joseph Brodsky Joseph Heller Josh Corman Joyce Joyce Carol Oates Jules Verne Junichiro Tanizaki Junkudo Jurnal K-Pop Kad Kafe Kafka Kajian Kalendar Kamus Kapasitor Karya Seni Kate Bush Kate Gavino Kate Young Kathy Zadrozny Kazuo Ishiguro Keanu Reeves Kedai Buku Keira Knightly Keith Oatley Kek Kelab Buku Kelli Anderson Kembara Sastera Kempen Kerjaya Kertas Dinding Ketab-e-Dastan Ketagih Kickstarter Kidal Kim Gordon Kimberly Kindle Kindle Convert Kipling Kisah Dongeng Kishokai KL Zine Fest Klasifikasi Kobo Koji Yomamura Komik Kontroversi Korea Utara Kostum Kristie MacRakis Krukrustudio Kuala Lumpur Book Exchange Kucing Kuiz Kulit Buku Kurator L&PM Editores La Ciudadela Lainie Yeoh lanbenhussain Langka Lapangan Terbang Laporan largehearted Boy Last Night’s Reading: Illustrated Encounters with Extraordinary Authors Lauren Martin Le Coran par lui-même Le Petit Prince Le Recueil des Histoires De Troye leana Leaves Led Zeppelin Legasi Oakheart Lego Lemony Snicket Leo Tolstoy Leonardo da Vinci Leslie Atzmon Letter Writers Alliance Lewis Carroll Lex Hall Liana Libby O' Connel Libreria Lifehack Lifehacker Lisa Surihani Literary Review Lithuania Liu Erxi Liy Llyod Kahn Lockhart Lokman Lolita London Lord of the Rings Lou Andreas-Salome Lumio Lydia Lyla M Nasir Mafuzah maisarah Maja Djikic Makanan Makoto Azuma Malique Man Booker Man Booker International Prize manga mangolisa Manuscript Manuskrip MARBL mareamaria Margaret Atwood Margeret Atwood Maria Popova Marilyn Monroe Mark Strand Mark Yakich Mark Zuckerberg Marlon James Marsyitah Mata Maurice Sendak mavalia may McDonalds Megalopolis Megat Mellissa Menu Menulis Mesin Buku Mesin Taip Metallica Michelle Miley Cyrus Miller Mimi Sheraton Mimpi Seorang Manusia Yang Tak Munasabah Minyak Wangi Mo Yan mobil Morioka Shoten morsmode mudin Munierah Mural Musang Musset muzik My Big Geek Adventure Myanmar Na Young Wu Nabila Nabokov Nadine Gordimer Naha Najmi Nama Pena NamRon NaNoGenMo NaNoWriMo Napiez Nasihat Natasha nazim Nazir NearSt Neil Gaiman New York Nicholas Blechman Nicholas Sparks Nirvana Nisa's Book Cafe Nizam Bakeri Nobel Nobuo Okano Nomad Noot Noreen norziati Note-by-Note Cooking Novel Novel Cinta Noveltree noyanabila nuralisa nurhanisah Obsesi Buku Oliver Burkeman Open Book Project Open Bookstore Orli Osama Bin Laden Oscar Wilde Outdoor Co-ed Topless Pulp Fiction Appreciation Society Pablo Neruda Paris Patrick Modiano Paul Bacon peachdrung Pekan Buku Pekan Kucing Pelbagai Pelik Pena Bulu Pelepah Penanda Buku Pengembaraan Penghadang Buku Pengharaman Buku Penguin Penimbang Pensil Penterjemah Penulis Perancis Perewa perkahwinan Perpustakaan Perpustakaan Digital Qatar Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Vatican Personal Creations Peta peter mendelsund Petra Gimbad Philani Dladla Philip Roth pipiyapong Plato playjudgey Poligami Buku Popular Port Angeles Library Portland State University Pramoedya Ananta Toer Presiden Pricenomics Proust Puisi Put Me In The Story Qarin Qasem Naqizadeh Quartz Quidditch R.F. Luchetti Radhiah Raffles: The Definitive Biography Rainer Maria Rilke Rak Buku Rakit Rare Ray Marshall Read it Forward Reddit Redha Redza Minhat reformist101 Reinier Gerritsen Rekaletak Rekod Buku Restoran Richard Davies Richard Flanagan Richard Hopley Riha Rimbaud Rintala Eggertsson Rizal Rizzoli Road Publishing Roald Dahl Rob Lyons Roberto Bolano Robot Roger Tagholm Rohani Romek Marber Rory Gilmore Rowena Rozalia Ruang Bekerja Rudyard Kipling Rusia Rutin Ryan Molloy saidatul madiha Sains Salman Rushdie Salvador Dali Samsung Samuel beckett Sarah Peters Sarang Sartre Saul Bellow Schlauchgelüste Seattle Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang Selebriti Senarai Senarai Buku Seni Buku Serial Reader Seteru Shaardd Shafika Shafiq Shahirah Shahnon Ahmad Shakespeare Shakespeare and Company Shamsiah Fakeh Shamsul Shelfie Sherlock Holmes Shi zhu zhai shu hua pu shirolalala Signature Duo Sigurjón Birgir Sigurðsson Sir Ernest Shackleton Siti Khadijah Sjón Skarf Slider Socrates Soefira Sophie Kinsella Soseki Natsume Soviet Union Spotify spritz Stanislas Dehaene Steff Strand Bookstore Street Art of Santiago Street Books Sue Townsend Sufian sulaman Superman Surat Suraya Susanna Hesselberg Svetlana Alexievich syahira Syamil Syara Syima Sylvia Plath Syria Tabiat taiplajulaju Taiwan Tales Of Ordinary Madness Taller 6A Tanwi Nandini Taschen Tasha Tatabahasa Tatu Tee Ngin Rui Tehran Teknik Teknologi teksi Televisyen Tell A Story tema temu janji Temuramah Terjemahan The Academic Bookstore The American Library Association The Dream Of A Ridiculous Man The Future Library Project The Guardian The Human Condition The Jungle Book The Language of Food: A Linguist Reads the Menu The New York Times The Poetry Brothel The Recuyell of the Histories of Troye The Religious Book Shop The School of Life The Sufis The Top Ten: Writers Pick Their Favorite Book Thomas Hardy Three Questions Tiga Soalan Tiny Homes On The Move Tips Tivi Tolkien Tolstoy Toru TravelbyArt Trivia Troy tsunderedaya Typedrummer Uganda Ukiran Ulasan Buku Ulat Buku ulat buku jalanan Umberto Eco UNESCO Universiti University of Aberdeen Vargic’s Miscellany of Curious Maps: Mapping Out the Modern World Verlaine Victor Miron Video Virginia Woolf Vladimir Nabokov Vogue Von Wong Vorsicht! Buch W.H. Auden Waiting For Godot War and Peace Watak Waterstones Wes Anderson What We See When We Read Whatsit Wikipedia Wilde William Caxton William H. Scheide Woolf Wuthering Heights Yahudi yamoose You Need More Sleep Yves Duranthon Zajal Zamir Zery Hamzah zhukl Zuan
false
ltr
item
Segalanya Tentang Buku: DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 31)
DIARI ANNE FRANK (BAHAGIAN 31)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNxqSVnP1FJEsPkaBLRd4j2LLQfz36kxXNpsJdcWZChJhDXawMHHXRhCuAdZbcfGXGlzweSrbGNCkoWCQKRiEgDWNvgUis61PQ36ZLvZEoWoXhyiyUsjiHJI6G4ctcmOHW_K-1g7HZQQQ/s640/anne-frank.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNxqSVnP1FJEsPkaBLRd4j2LLQfz36kxXNpsJdcWZChJhDXawMHHXRhCuAdZbcfGXGlzweSrbGNCkoWCQKRiEgDWNvgUis61PQ36ZLvZEoWoXhyiyUsjiHJI6G4ctcmOHW_K-1g7HZQQQ/s72-c/anne-frank.jpg
Segalanya Tentang Buku
http://www.twtbuku.com/2017/08/diari-anne-frank-bahagian-31_20.html
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/
http://www.twtbuku.com/2017/08/diari-anne-frank-bahagian-31_20.html
true
4517556270344124424
UTF-8
Carian anda tidak wujud LIHAT SEMUA Baca Lanjut Balas Batalkan ulasan Delete oleh Laman Utama HALAMAN CATATAN Lihat Semua Catatan Berkaitan LABEL Arkib CARI LIHAT SEMUA Carian anda tidak wujud Laman Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dec Sebentar lalu 1 minit lalu $$1$$ minit lalu 1 jam lalu $$1$$ jam lalu Semalam $$1$$ hari lalu $$1$$ minggu lalu lebih 5 minggu Followers Follow Catatan Premium Kongsi untuk baca Salin Kod Pilih semua kod Semua kod telah disalin Kod/teks tidak boleh disalin, sila tekan [CTRL]+[C] (atau CMD+C untuk Mac) untuk salin