Kita selalu mendengar kedai buku ditutup. Salah satu sebabnya adalah kurangnya pelanggan dan lain-lain. Namun mungkin anda tidak menyedari ada satu kedai buku yang terus bertahan berkurun-kurun lamanya.
Kedai buku yang dimaksudkan adalah The Bertrand Bookstore yang terletak di Lisbon, Portugal. Kedai buku ini telah dibuka sejak tahun 1732 dan terus bertahan sehingga kini. Kedai buku ini dibuka oleh Peter Faure dengan niat supaya ia menjadi pusat kepada aktiviti seni dan intelektual.
Kini terdapat lebih lima puluh buah cawangan kedai buku ini di seluruh Portugal.
***
Sumber: Live Portugal