Menulis memang kadang-kadang menjadi proses yang perlahan dan sukar dan membuatkan anda keseorangan. Tetapi ia juga merupakan seni yang merungkai kedalaman pemikiran manusia dan membolehkan orang lain merasai apa yang anda rasa dan fikir.
Jadi tidak kira samada ada memang sudah lama menulis atau baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan, alasan-alasan di bawah mungkin boleh mengingatkan anda bahawa menulis bukan sekadar hobi, sebaliknya ia adalah cara hidup.
1. Menulis membentuk identiti anda
Penulsi Don DeLillo menyatakan menulis adalah pembentuk identiti paling utama. Beliau menyatakan menulis adalah bentuk kebebasan peribadi. Ia membebaskan kita dari identiti umum yang membentuk orang-orang disekeliling kita. Penulis menulis bukanlah untuk menjadi hero, sebaliknya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri dan dan terus wujud sebagai seorang individu.
2. Menulis memberikan anda matlamat hidup
Gloria Steinem pernah menyatakan: "Menulis adalah satu-satunya benda di mana ketika saya melakukannya, saya tidak berasa yang saya perlu melakukan benda lain."
3. Menulis membuatkan anda waras
Seperti yang pernah dinyatakan oleh Joan Didion: "Sebab utama saya menulis adalah untuk mengetahui apakah yang saya sedang fikirkan, apa yang saya sedang pandang, lihat dan apakah maksudnya, apa yang saya mahu dan apa yang saya takut."
4. Menulis membantu anda memulihkan emosi
"Menulis adalah lebih dalam dari terapi" kata Natalie Goldberg. "Menulis adalah peluang untuk mengambil emosi kita dan memberikannya cahaya, warna dan cerita."
5. Menulis boleh mengurangkan tekanan perasaan
Dalam satu kajian yang dijalankan pada thun 1987, menulis tentang apa yang anda rasa boleh mengurangkan tekanan dengan serta merta dan kesannya boleh bertahan sehingga empat bulan. Ia memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan anda seperti mengurangkan tekanan darah dan kelajuan degupan jantung.
***
Sumber: Bustle