Seperti orang lain, seorang pembaca juga mempunyai peelnya yang tersendiri yang mungkin tidak sepatutnya mereka miliki. Berikut adalah beberapa contohnya.
1. Melihat apakah buku yang dibaca oleh orang yang tidak dikenali dan menilai mereka melalui pilihan buku yang mereka baca
2. Membaca mukasurat terakhir buku yang baru mula dibaca dan menyesal
3. Merasa iri hati apabila melihat orang lain membaca buku kegemaran anda
4. Merasa lebih iri hati apabila melihat rakan baik anda yang juga suka membaca mendapat banyak hadiah buku
5. Membatalkan rancangan lain kerana anda ingin ke kedai buku bersendirian
6. Mereka tajuk bab untuk memoir yang anda berangan ingin tulis
7. Membawa buku ke klinik atau hospital untuk menemani anda ketika menunggu doktor
8. Menanggalkan tanda harga di buku yang anda beli
9. Tertumpah minuman ke atas buku anda dan merasa panik
10. Membeli banyak versi buku yang sama
11. Membawa lebih banyak buku daripada pakaian ketika keluar bercuti
12. Menilai buku melalui rekaan kulit muka depannya
***
Sumber: Buzzfeed