Seorang pembaca memang banyak perangainya tetapi perangai-perangai ini kadang-kadang boleh membuat orang lain keliru. Berikut adalah beberapa contoh perangai tersebut.
1. Merungut tidak mempunyai kehidupan sosial tetapi kebanyakan masanya dihabiskan dengan membaca.
2. Membaca buku baru walaupun pada masa yang sama sedang membaca buku lain.
3. Menyimpan resit semata-mata untuk dijadikan penanda buku.
4. Merungut tidak mempunyai buku untuk dibaca walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai banyak buku yang masih belum dibaca.
5. Rasa marah apabila ada orang lain mengaku mereka tidak banyak membaca.
6. Menanti dengan penuh sabar orang lain bercerita tentang buku yang mengubah mereka sebelum mereka pula menceritakan buku yang mengubah diri mereka.
7. Merasa sangat sedih apabila menyedari karekter kegemaran di dalam buku yang mereka baca tidak wujud di dunia sebenar.
8. Rasa marah apabila meminjamkan buku kegemaran kepada rakan dan rakan tersebut tidak menyukai buku yang dipinjamkan.
9. Tidak dapat memberitahu buku kegemaran mereka kerana mereka menggemari terlalu banyak buku.
10. Pergi ke kedai buku walaupun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli buku.
Adakah ada perangai-perangai pelik pembaca yang anda tahu? Anda boleh nyatakannya di ruangan ulasan.
***
Sumber: Buzzfeed