Sama seperti orang lain, seorang pembaca juga mempunyai perangai peliknya yang tersendiri yang mereka sendiri kadang-kadang tidak sedar. Berikut adalah contoh-contohnya.
1. Mengintip buku yang sedang dibaca oleh orang yang tidak dikenali di dalam bas, keretapi dan sebagainya.
2. Menghabiskan duit membeli buku walaupun tahu duit tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan lain
3. Membatalkan rancangan dengan orang lain kerana ingin menghabiskan membaca sesebuah buku
4. Menghidu buku
5. Berasa serabut kerana tidak tahu buku apa yang patut dibawa untuk pergi bercuti
6. Marah apabila orang lain tidak suka membaca
7. Mula membaca buku baru ketika hendak tidur
8. Memulakan membaca sesebuah buku dengan membaca mukasurat terakhir
9. Merasa kosong selepas selesai membaca sesebuah buku yang hebat
10. Mengadu beg mereka berat walaupun mereka tahu kenapa beg mereka berat
***
Sumber: Bustle