Anda mungkin mempunyai sahabat yang suka membaca atau dalam erti kata lain sahabat bibliofil. Tetapi anda mungkin tidak berapa faham tentang sahabat anda ini. Namun jika anda memiliki sahabat bibliofil ini, anda perlu mengetahui bahawa mereka memiliki ciri-ciri ini:
- Mereka sentiasa berkepit dengan buku
- Perpustakaan atau kedai buku adalah rumah kedua mereka
- Cara mereka melepaskan tekanan adalah dengan membaca
- Mereka menganggap karakter fiksyen di dalam buku yang mereka baca adalah sahabat mereka
- Mereka tidak pernah mempunyai rak buku yang cukup
- Mereka akan fikir anda gila jika anda berkata anda tidak suka membaca
- Wang mereka hampir keseluruhannya adalah untuk membeli buku
- Mereka suka menghidu aroma buku
- Mereka sentiasa terlajak melepasi waktu tidur mereka kerana membaca
- Mereka sukar memberitahu buku kegemaran mereka kerana mereka menggemari terlalu banyak buku
***
Sumber: Beyond the Inspiration