Anda mungkin mempunyai sahabat yang suka membaca dan anda juga mungkin seorang pembaca. Sudah tentunya ada ayat-ayat yang biasa keluar dari mulut seorang pembaca. Contoh-contohnya adalah seperti berikut.
1. "Tiada apa yang dapat menandingi aroma buku!"
Setiap penggemar buku menggemari bau buku kerana bagi mereka, bau buku tidak dapat ditandingi oleh bau-bau lain.
2. "Terlalu banyak buku tetapi terlalu sedikit masa untuk membaca"
Mereka sentiasa mempunyai buku yang banyak sehinggakan mereka tidak mempunyai masa untuk membacanya.
3. "Jadi... buku apa yang sedang kamu baca?"
Mereka suka memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan ini dan selalunya ia akan berakhir dengan keadaan yang tidak selesa jika anda menjawab anda tidak suka membaca.
4. "Apa pendapat kamu tentang buku yang saya pinjamkan dahulu???"
Jika anda meminjam buku daripada mereka, anda perlu pastikan anda membacanya dan bersiap-sedia dengan jawapan bagi soalan ini.
5. "Aku harap aku boleh hidup di *Masukkan dunia fiksyen di sini*"
Samada Hogwarts, dunia Jane Austen, the Shire dan sebagainya, mereka sentiasa mengidamkan untuk hidup di dunia fiksyen di dalam buku kegemaran mereka.
6. "Aku jatuh cinta dengan *Masukkan watak fiksyen di sini*"
Mereka mungkin tidak kisah tidak mempunyai hubungan cinta yang sebenar kerana mereka mempunyai karekter-karekter di dalam buku untuk dicintai.
7. "Bagi aku masa untuk habiskan membaca bab ini"
Mereka sentiasa lewat kerana mereka mahu membaca bab di dalam buku kegemaran mereka.
8. "Aku tak boleh keluar selagi aku tak habiskan membaca buku ini"
Kadang-kadang anda terpaksa melupakan rancangan untuk keluar bersama mereka kerana mereka mahu menghabiskan buku yang mereka baca.
9. "Aku tak boleh keluar sebab aku baru selesai membaca dan kepala aku berasa pening"
Sudah tentunya apabila mereka terlalu fokus untuk menghabiskan buku yang mereka baca, mereka akan merasa sakit kepala.
10. "Kalau dia tak suka baca *Masukkan tajuk buku kegemaran di sini* memang aku tak boleh berkawan dengan dia"
Walaupun mereka mungkin akan bersahabat dengan anda, mereka mungkin akan lebih menghargai persahabatan anda jika anda juga seorang yang suka membaca.
11. "Haha! Mana ada aku beli buku lagi"
Ini adalah salah satu penipuan yang anda akan selalu dengar dari seorang pembaca. Walaupun mereka mempunyai banyak buku yang belum dibaca di rumah, mereka masih akan tetap membeli buku.
12. "Hari ini hari yang bagus untuk membaca"
Setiap hari adalah hari yang bagus untuk membaca.
***
Sumber: Bustle