Tarikan Korea Selatan bukan sahaja tertumpu kepada irama K-Pop yang begitu popular di seluruh dunia. Perpustakaan di Korea Selatan tidak kurang juga hebatnya.
Jika anda berkunjung ke Korea Selatan, jangan lepaskan peluang untuk melawati Starfield Library yang terletak di Gangnam, Seoul. Perpustakaan ini menjadi tarikan pengunjung kerana bukan sahaja lokasinya yang terletak di tengah-tengah hiruk-pikuk "K-Pop", tetapi juga kerana senibinya yang seperti perpustakaan yang dilihat di dalam filem Harry Potter.
Perpustakaan ini dikatakan memiliki lebih 50,000 koleksi buku. Jadi jangan lepaskan peluang melawat perpustakaan ini jika anda ke sana.
***
Sumber: Koreaboo