Setiap ibu bapa pastinya mahu menyemai minat terhadap buku kepada anak-anak mereka dan sudah tentunya ia bukan perkara yang mudah. Jika anda mahukan anak-anak anda cintakan buku, anda boleh meniru Pippa Branham dan suaminya.
Ketika beliau berpindah ke rumah baru, beliau mahu menjadikan tangga rumah mereka selamat untuk anak-anak mereka. Pippa pada mulanya berniat untuk memasang karpet yang berharga £200. Walaupun begitu, beliau mengubah fikiran selepas terjumpa beberapa gambar di Pinterest. Dengan mengambil ilham dari gambar-gambar tersebut, beliau telah menghasilkan tangga yang dihias dengan buku-buku kegemarannya. Berikut adalah hasil kerja beliau.
***
Sumber: Bored Panda