Buku mengajar kita, memberitahu kita, menghiburkan kita dan menggugah perasaan kita. Tetapi ada juga buku yang mengelirukan kita. Ia mengandungi misteri dan bayangan tentang sesuatu yang mungkin hanya wujud di alam lain.
Berikut adalah beberapa contoh buku tersebut.
MANUSKRIP VOYNICH
Buku yang ditulis pada awal kurun ke 15 ini seolah-olah seperti buku tentang tumbuh-tumbuhan. Cuma yang agak pelik adalah lukisan-lukisan tumbuhannya yang tidak diketahui asa-usulnya. Penerangan tentang tumbuhan-tumbuhan ini sangat sukar difahami.
CODEX SERAPHINUS
Asal-usul buku ini tidak begitu misteri. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1981 dan secara asasnya adalah sebuah ensiklopedia dunia fantasi. Penulis buku ini merupakan seorang pelukis dan pereka bernama Luigi Serafini yang menyatakan dia mahu menghasilkan semula perasaan dunia yang beliau ingat ketika zaman kanak-kanaknya. Luigi Serafini sendiri pernah menyatakan pada salah-satu syarahannya di Oxford bahawa tidak ada makna sebenar di sebalik tulisannya.
THE SMITHFIELD DECRETALS
Buku ini adalah koleksi undang-undang kanun yang dikuatkuasakan oleh Pope Gregory IX pada kurun ke 13. Apa yang agak menimbulkan minat dan kegerunan adalah ilustrasinya yang agak menakutkan. Antaranya ilustrasi seperti beruang yang sedang bertarung dengan unikorn.
ROHONC CODEX
Tidak banyak yang diketahui tentang buku setebal 448 mukasurat ini. Buku ini muncul semula pada abad ke 19 di Hungary dan menimbulkan begitu banyak persoalan. Tiada siapa yang tahu siapa yang menulisnya, di mana ia ditulis dan apa tujuannya ditulis.
THE BOOK OF SOYGA
Buku yang ditulis pada kurun ke 16 ini pada awalnya dipercayai sudah pupus. Walaubagaimanapun, ia dijumpai semula pada tahun 1994. Buku yang memilki hampir 200 mukasurat ini antaranya mengandungi panduan dan jampi serapah untuk memanggil hantu dan pelbagai lagi ilmu berkaitan alam ghaib.
***
Sumber: Big Think