Antara kegemaran seorang pembaca adalah makan sambil membaca. Namun begitu, ada satu makanan yang sebenarnya sangat bagus untuk membantu menyeronokkan pengalaman membaca anda iaitu coklat. Berikut adalah sepuluh sebab kenapa coklat bagus untuk seorang pembaca.
1. Anda boleh menggunakan pembalutnya sebagai penanda buku
2. Coklat boleh membantu anda menguatkan daya ingatan
3. Anda boleh menghadiahkan diri anda dengan coklat selepas selesai membaca
4. Jika anda membaca di tempat yang panas (di tepi pantai, di tepi kolam renang dan sebagainya), coklat diketahui mengandungi flavonol yang boleh membantu melindungi kulit
5. Coklat membantu anda menajamkan penglihatan anda
6. Coklat sebenarnya baik untuk gigi anda (tetapi jangan lupa berus gigi anda sebelum masuk tidur)
7. Coklat membantu menyeronokkan pengalaman membaca anda terutamanya jika anda membaca buku yang berkaitan dengan coklat (contohnya ketika anda membaca novel Charlie and the Chocolate Factory)
8. Coklat mengandungi phenylethylamine yang mendorong otak untuk mengeluarkan endorphin yang menenangkan anda
9. Ada sesetengah pihak menyatakan bekalan coklat dunia bakal habis. Anda boleh memakan coklat sambil membaca tentang kebenaran fakta ini
10. Walaupun anda tidak membaca, tidak ada sebab untuk anda tidak memakan coklat
***
Sumber: Guardian