Selasa, 10 November 1942
Tangan-tangan Jerman
Kehadapan Kitty,
Berita baik! Kami merancang untuk menambah seorang lagi untuk bersembunyi di tempat kami!
Ya betul. Kami sering merasakan tempat persembunyian dan makanan yang kami ada masih cukup untuk menampung seorang lagi tetapi kami takut untuk menambah beban kepada Encik Kugler dan Encik Kleiman. Tetapi memandangkan berita yang kami dengar tentang bagaimana orang Yahudi semakin hari semakin dilayan dengan teruk, Ayah memutuskan untuk memberitahu kepada Encik Kugler dan Encik Kleiman apa yang kami sedang fikirkan dan mereka merasakan rancangan untuk menambah seorang lagi di tempat persembunyian kami sebagai satu rancangan yang bagus.
"Ia sama bahaya samada terdapat tujuh atau lapan orang di sini," kata mereka. Kami kemudian duduk bersama dan memikirkan kenalan siapakah yang paling sesuai untuk tinggal bersama. Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk memilih siapa orangnya.
Selepas Ayah menolak kesemua saudara-mara keluarga Van Daan, kami memilih seorang doktor gigi bernama Alfred Dussel. Dia tinggal bersama seorang wanita Kristian yang agak muda daripadanya. Mereka mungkin belum berkahwin tetapi itu tidak penting. Dia dikenali sebagai seorang yang kemas dan sepanjang pergaulan keluarga kami dengannya, dia kelihatan seperti seorang yang baik. Miep kenal rapat dengannya. Jadi dia boleh menguruskan kedatangannya. Jika dia datang, dia akan tidur di bilik saya dan bukannya Margot dan dia perlu tidur menggunakan katil lipat. *
[*selepas Dr. Dussel tiba, Margot tidur di bilik Ibu dan Ayah.]
Kami akan meminta Dr. Dussel untuk membawa alatan menampal gigi.
Yang benar,
Anne
***
Terjemahan ini adalah terjemahan dari teks terjemahan bahasa Inggeris oleh Barbara Mooyaart-Doubleday.