Kebanyakan orang mengandaikan bahawa membaca adalah hobi bagi orang-orang yang pendiam, anti sosial dan sebagainya. Tetapi mereka mungkin tidak tahu bahawa membaca mempunyai banyak manfaat kepada emosi, intelek dan psikologi seseorang. Buktinya adalah seperti berikut yang telah diakui melalui banyak kajian saintifik:
1. Membaca boleh menghalang seseorang menghidapi alzheimer.
2. Membaca membantu anda mempelajari benda baru setiap hari.
3. Seorang pembaca biasanya akan lebih cenderung untuk mengundi, bersenam dan berbudaya.
4. Membaca boleh mengurangkan tekanan.
5. Membaca menambah daya ingatan.
6. Membaca membuatkan anda nampak lebih menarik kepada jantina bertentangan.
7. Membaca membantu anda menajamkan pemikiran analitikal.
8. Membaca menambah kemahiran bahasa anda.
9. Membaca membantu anda memahami keadaan orang lain.
10. Membaca membantu anda untuk lebih kehadapan berbanding orang dalam aspek kerjaya dan hidup.
***
Sumber: UNB Facts