Sama seperti orang lain, pembaca juga mempunyai perangai tersendiri. Berikut adalah contoh-contoh jenis pembaca yang mungkin anda pernah jumpa.
Pembaca yang sentiasa ambil tahu tentang buku-buku terbaru
Pembaca jenis ini akan sentiasa memberi sepenuh perhatian terhadap buku-buku baru. Mereka boleh memberitahu anda tentang sesebuah buku hanya berdasarkan ulasannya.
Pembaca yang memandang rendah terhadap orang yang tidak membaca
Sama seperti pendakwah agama, mereka akan sentiasa cuba untuk menukar orang-orang sekelilingnya untuk menjadi seorang pembaca seperti mereka.
Pembaca yang membaca buku dengan pantas
Mereka boleh menghabiskan buku setebal 500 mukasurat dalam masa setengah hari dan kemudian menunjuk-nunjuk tentang kehebatan mereka membaca dengan pantas.
Pembaca yang membaca apa saja
Pembaca jenis ini biasanya seorang yang seronok untuk didekati. Mereka akan membaca apa saja yang mereka jumpa samada papan tanda, label pada tin biskut dan sebagainya.
Pembaca yang suka membaca tetapi tidak suka membeli buku
Pembaca jenis ini lebih suka meminjam buku berbanding membelinya dan kebiasannya akan memuat turun e-buku secara haram dari internet.
Pembaca yang merasakan diri mereka bagus kerana mereka membaca
Mereka berasa gah kerana mereka membaca. Mereka juga mempunyai cita-cita yang tinggi.
Pembaca yang suka makan sambil membaca
Setiap kali anda melihat mereka membaca, pasti mereka juga sedang memakan sesuatu. Anda biasanya akan melihat mereka duduk bersendirian dengan satu tangan memegang buku dan sebelah lagi tangan memegang makanan.
Pembaca yang tahu tentang semua buku
Mereka samada telah membaca, mendengar ataupun memasukkan ke dalam senarai untuk dibaca setiap buku yang diketahui wujud di dunia ini.
Pembaca yang membaca untuk nampak kool
Mereka sebenarnya tidaklah begitu teruja untuk membaca tetapi tetap membaca kerana ramai orang disekeliling mereka adalah pembaca.
Pembaca yang tidak suka bersosial
Mereka tidak akan menyertai anda untuk apa-apa rancangan spontan untuk bersosial kerana buku adalah lebih penting bagi mereka.
Pembaca yang suka memetik petikan-petikan dari buku yang mereka baca
Mereka akan mencari setiap peluang untuk menggunakan petikan-petikan buku yang mereka hafal dalam perbualan harian mereka walaupun perbualan itu tiada kena mengena dengan petikan tersebut.
Pembaca yang hanya membaca buku-buku klasik
Mereka tidak gemar membaca novel-novel terkini yang popular kerana bagi mereka novel-novel klasik adalah lebih bagus.
Adakah anda pernah berjumpa pembaca-pembaca yang mempunyai perangai lain daripada apa yang dinyatakan di atas? Jika ya, anda boleh nyatakan di ruangan ulasan.