Sama seperti orang lain, pembaca juga ada jenis-jenisnya. Berikut adalah beberapa jenis pembaca yang anda boleh jumpa atau anda sendiri sebenarnya tergolong dalam jenis-jenis pembaca ini.
1. Anti-Buku
Anda memang benci membaca. Anda tidak pernah membaca buku kerana anda rasa ia terlalu panjang. Anda tidak membaca blog kerana anda rasa ia juga panjang. Anda tidak membaca suratkhabar kerana anda rasa ia juga panjang.Senang cerita, anda memang benci membaca.
2. Si Pemarah
Anda sebenarnya seorang yang suka membaca tetapi pada masa yang sama juga anda sentiasa membenci apa yang anda baca. Anda sentiasa mengkritik bagaimana si penulis menyusun ayatnya atau bagaimana plotnya ditulis. Tetapi pada masa yang sama, anda masih membaca buku tersebut sehingga habis.
3. Membaca Mengikut Turutan
Anda dikenali sebagai seorang pembaca yang "lembab" kerana anda sentiasa memastikan anda habis membaca sesebuah buku sebelum beralih ke buku yang lain. Anda hanya berhenti membaca sesebuah buku jika ada sebab-sebab khas yang tidak dapat dielakkan.
4. Pemusnah Buku
Rumah atau bilik anda dipenuhi dengan buku yang bersepah dan berselerak dengan mukasuratnya yang hampir tercabut, terlipat dan sebagainya. Bagi orang lain, ia mungkin nampak ganas tetapi ia adalah cara anda menunjukkan keterujaan anda terhadap buku tersebut.
5. Pembaca Bertangguh #1
Anda akan membeli buku dan meletakkannya di rak buku atau di meja ruang tamu dan menanti saat untuk membacanya tetapi kebiasaannya anda akan sibuk dengan kehidupan seharian sehingga buku tersebut terbiar sehingga berbulan lamanya. Tetapi apabila anda mula membacanya, anda akan merasakan kehebatan penulisan di dalam buku tersebut dan betapa kagumnya anda kerana anda tidak membacanya lebih awal.
6. Pembaca Bertangguh #2
Anda bukan seorang penggemar buku. Anda membeli buku sekadar untuk menunjuk kepada orang lain. Tetapi jika anda membaca buku yang anda beli, anda dikira sudah pulih.
7. Bibliofil
Anda memang penggemar buku sejati. Anda suka apa saja tentang buku. Aromanya, rekaannya, edisinya, apa saja tentang buku menarik minat anda.
8. Pembaca Silang
Anda jatuh dalam kategori pembaca dewasa yang membaca novel remaja/kanak-kanak ataupun pembaca kanak-kanak/remaja yang membaca buku-buku orang dewasa. Anda sebenarnya berfikiran terbuka dan tidak kisah apa orang lain kata tentang buku yang anda baca.
9. Pembaca Multi-Task
Anda mampu membaca 2-3 buku dalam masa yang sama dan yang mengangumkan, anda mampu menghabiskan semua buku yang anda baca. Anda tidak ada sebarang masalah atau keliru untuk mengikuti plot buku yang anda baca.
10. Pembaca Sebelum Tidur
Satu-satu masa anda membaca adalah sebelum anda masuk tidur. Cuma yang membimbangkan, anda selalunya akan berjaga sehingga lewat malam atau awal pagi kerana membaca.
***
Sumber: The Atlantic