Membaca sudah tentunya sesuatu yang baik. Tetapi kenapa ia baik? Berikut adalah beberapa sebabnya.
1. Membaca baik untuk meningkatkan tekanan darah ke otak anda yang sudah tentunya baik untuk merangsang otak anda untuk menjadi lebih cerdas.
2. Membaca mendorong kita untuk berfikir, berimaginasi dan meluaskan pengetahuan.
3. Bagi kanak-kanak pula, membaca sebelum tidur membuatkan mereka rasa lebih selamat dan membantu mereka untuk tidur. Kanak-kanak yang membaca pada usia awal juga mempunyai pemahaman yang lebih tentang bahasa yang seterusnya membantu meningkatkan kemahiran kognitif mereka.
4. Satu kajian yang dijalankan oleh Mindlab di Sussex University mendapati membaca boleh membantu mengurangkan tekanan. Melalui kajian yang dijalankan, didapati degupan jantung peserta berkurangan selepas enam minit mereka mula membaca.
5. Membaca dengan kerap membantu menajamkan fikiran dan membantu melambatkan penyakit nyanyuk pada usia tua nanti.
***
Sumber: Mills and Boon