Sama seperti bidang lain, buku juga mempunyai rekodnya sendiri. Berikut adalah antara rekod-rekod buku yang mungkin anda tidak ketahui.
- Buku timbul paling besar berukuran 4 meter (13 kaki 1 inci) x 3 meter (9 kaki 10 inci) ketika ditutup dan berukuran 4 meter (13 kaki 1 inci) x 6 meter (19 kaki 8 inci) ketika dibuka.
- Pelukis komik paling tua adalah Kenneth ‘Ken’ Bald yang berusia 94 tahun dan masih akif bekerja.
- Buku paling tebal yang pernah diterbitkan adalah koleksi siri Miss Maple tulisan Agatha Christie yang berukuran 322 milimeter (12.67 inci) lebar. Ia mengandungi 4,032 mukasurat dan seberat 8.04 kilogram.
- Buku yang paling lambat terjual adalah terjemahan New Testament oleh David Wilkins. Ia mula dijual pada tahun 1716 dan terjual lebih kurang 20 naskah setiap minggu dan ia masih dicetak selepas 191 tahun.
- Pemilik buku yang memiliki paling banyak buku yang ditandatangan oleh penulisnya sendiri adalah Richard Warren. Beliau memiliki 2,381 buku yang memiliki tandatangan penulis buku itu sendiri.
- Denda lewat paling tinggi yang pernah dikenakan oleh perpustakaan adalah sebanyak 345.14 Dollar untuk buku puisi Days and Deed yang dipinjam oleh Emily Canellos-Simms pada tahun 1955 dari perpustakaan Kewanee Public Library, Illinois, Amerika.
- Perbincangan buku secara online paling besar erjaya dilaksanakan oleh Laundry Books yang melibatkan 33,695 peserta dalam masa 24 jam.
- Sheena Queen of the Jungle adalah karekter komik wanita pertama yang menjadi watak utama di dalam komiknya sendiri.
- Penulis paling muda yang pernah menerbitkan buku secara komersial adalah Dorothy Straight yang menulis buku How the World Began yang diterbitkan ketika beliau berusia 4 tahun.
- Marathon membaca buku secara kuat paling lama dilakukan oleh Deepak Sharma Bajagain yang membaca selama 113 jam 15 minit dari 19hb September 2008 hingga 24hb September 2008. Beliau membaca 17 buku berbeza dari 13 penulis.
***
Sumber: Flavorwire