Menghadam karya-karya tulisan Leo Tolstoy bukan satu hal yang mudah. Pertamanya kerana tiada sebarang terjemahan karya beliau dalam bahasa Melayu dan terjemahan bahasa Inggerisnya juga agak sukar dibaca. Keduanya kerana karya tulisan Tolstoy ada antaranya amat tebal dan panjang sekali. Edisi buku kulit lembut terjemahan bahasa Inggeris novel Tolstoy berjudul War And Peace contohnya mengandungi lebih 1,400 mukasurat.
Walaubagaimanapun, karya-karya Tolstoy masih menjadi antara karya yang wajib dibaca terutamanya oleh anak-anak muda. Tolstoy mungkin hidup di zaman lampau, lebih 100 tahun dahulu di Rusia, tetapi beliau dan karekter-karekter ciptaan beliau didalam novelnya sebenarnya sangat faham tentang cita-cita, kegagalan, tekanan dan keinginan untuk memahami hidup. Berikut adalah 5 sebab kenapa anda wajib membaca karya-karya Tolstoy:
1. Tolstoy sentiasa cuba membaiki dirinya
Ketika usianya 18 tahun, beliau mula menulis didalam sebuah jurnal dimana beliau turut menulis peraturan-peraturan untuk dirinya dalam usahanya untuk meningkatkan tahap ketahanan dirinya. Antara peraturan-peraturan yang dicatatkan oleh Tolstoy:
- Bangun dari tidur pada jam 5:00 pagi
- Lakukan hanya satu perkara dalam satu masa
- Elakkan makan makanan manis
- Tolong mereka yang kurang bernasib baik
2. Tolstoy tahu apa erti kegagalan
Walaupun Tolstoy membuat berbagai peraturan dalam hidupnya, beliau sebenarnya tidak selalu mengikutnya. Tolstoy sentiasa mematuhi peraturannya tetapi kadang-kadang beliau juga tidak melakukan apa-apa sepanjang hari. Apapun, jika dia tidak mencipta peraturan yang begitu ketat untuk dirinya, pasti dia tidak akan mampu untuk menghasilkan karya-karya yang tersohor.
3. Karekter didalam novel Tosltoy selalunya tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia boleh dilihat dari sudut yang positif
Dalam novel War and Piece, watak utama novel ini iaitu Pierre Bezukhov baru kembali ke Rusia dari pengajiannya di Eropah selepas 10 tahun. Pierre berasa begitu terasing dan tidak selesa kerana dia tidak biasa hidup di Rusia. Tetapi usaha Pierre untuk memperbaiki dirinya dan menjadi seorang manusia yang baik adalah detik penting dalam dunia kesusasteraan kerana dia adalah antara beberapa karekter dalam novel sastera yang berjaya melakukannya.
4. Tolstoy ingin mencari makna dan kesederhanaan dalam dunia yang kacau-bilau
Teknologi dan media-media sosial sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita pada hari ini dan kadang-kadang ia boleh membuatkan kita susah untuk mencari ketenangan dan pengalaman-pengalaman yang bermakna. Didalam novela terjemahan Inggeris bertajuk Family Happiness, Tolstoy ada menyatakan seperti berikut:
"hidup sendirian dengan aman di kampung, dengan kemungkinan menjadi seorang yang berguna kepada orang-orang yang senang ditolong dan orang-orang yang tidak biasa ditolong; dan kemudian melakukan kerja yang harapnya berguna; dan kemudian berehat, menikmati alam semulajadi, membaca buku, mendengar muzik, berbaik-baik dengan jiran - itulah idea saya tentang kegembiraan"
Kita mungkin tidak perlu berpindah ke kampung, tetapi kita boleh melakukan perkara-perkara lain yang dinyatakan oleh Tosltoy seperti keluar dari rumah, berehat, membaca buku dan bercampur-gaul dengan masyarakat.
5. Tolstoy tahu apa itu perasaan bimbang dan panik, dan bagaimana untuk mengatasinya
Ketika berkunjung ke wilayah Penza pada tahun 1869, Tolstoy bermalam di sebuah hotel. Ketika disana, dia tiba-tiba mengalami perasaan panik yang amat sangat sehingga dia merasakan seperti berputus asa, takut dan gerun. Tetapi Tolstoy mengatasinya dengan melihat pokok-pokok pain yang tinggi dan memikirkan perkara-perkara yang lebih hebat berbanding dirinya.
Apa yang kita boleh pelajari dari Tolstoy dan karekter dalam novelnya adalah untuk mengatasi perasaan bimbang dan panik, mungkin kita hanya perlu melihat keadaan sekeliling kita dan berhenti memikirkan hal-hal yang bermain didalam fikiran kita.
***
Sumber: Huffington Post