Tidak kira siapa, semua orang sukakan buku yang bagus dan pastinya setiap orang mempunyai buku kegemaran masing-masing. Lebih menarik perhatian jika orang itu adalah seorang selebriti dan dikenali ramai. Justeru itu, berikut adalah beberapa selebriti dan buku kegemaran mereka.
Emma Watson
"Ketika saya kecil, ayah saya membacakan kepada saya novel The Big Friendly Giant tulisan Roald Dahl. Saya amat menggemari buku tersebut...Saya sukakan buku yang bukan sahaja menarik tetapi mempunyai memorinya yang tersendiri terhadap pembacanya. Sama seperti mendengar lagu, membaca buku yang mempunyai memorinya yang tersendiri boleh membawa anda ke tempat dan masa yang lain."
Lady Gaga
"Setiap hari saya membaca Letters to a Young Poet tulisan Rilke."
Olivia Munn
"Buku kegemaran saya adalah Replay tulisan Ken Grimwood. Ia mengenai seorang lelaki yang mengulang tayang kehidupannya dan keputusan yang dia pernah buat berulang kali. Pengajaran yang saya dapat daripada buku ini adalah tidak kira bagaimanapun kita menjalani kehidupan atau pilihan yang kita buat, pasti ada kegembiraan dan kesedihan yang amat dalam. Kita tidak boleh lari dari dua perkara ini. Saya fikir itu pengajaran yang bagus."
J.K. Rowling
"The Woman Who Walked Into Doors adalah
sebuah buku yang sangat hebat. Roddy Doyle memang betul-betul menyelami
watak karekter yang diciptanya. Saya tidak fikir saya pernah menjumpai
mana-mana penulis lelaki yang menulis tentang karekter seorang wanita dengan begitu sempurna."
Muhammad Ali
"Buku kegemaran? Itu soalan yang bodoh! Sudah tentulah Al Quran."
Untuk lihat buku kegemaran selebriti yang lain, anda boleh klik di pautan INI .
***
Sumber: Flavorwire