Jika anda menggemari muzik, anda mungkin boleh mengunjungi rangkaian hotel Hard Rock yang bersepah di serata dunia tetapi wujudkan hotel yang didekasikan untuk pembaca buku? Berikut adalah antara beberapa hotel yang mungkin boleh anda kunjungi sebagai seorang penggemar buku.
Koh Samui, Thailand
Ini mungkin menjadi hotel pertama yang anda boleh kunjungi kerana ia hanya terletak bersebelahan dengan negara kita. Bilik bacaan hotel yang terletak di tepi pantai ini diberi nama jolokan "The Lib" dan menempatkan buku sahaja buku tetapi juga koleksi DVD dan CD.
Amsterdam, Belanda
Hotel ini pada asalnya adalah sebuah perpustakaan awam. Setiap 122 bilik di hotel ini mempunyai hiasannya yang tersendiri. Ada juga bilik yang mempunyai balkoninya sendiri.
New York, Amerika
Setiap bilik di hotel yang memiliki 60 bilik ini dirancang dengan begitu rapi. Contohnya, tingkat 8 hotel ini mempunyai bilik yang diberi nama "fairy Tales", "Poetry" dan terdapat juga bilik "Erotic Literature". Setiap bilik mempunyai koleksi buku yang banyak dan anda juga boleh mengunjungi bilik bacaan umum atau taman puisi di hotel ini yang memiliki pemandangan New York yang begitu indah.
London, England
Hotel yang baru dibuka ini memiliki bilik yang diisi dengan pelbagai buku mengenai sejarah, seni, budaya dan politik kota London dan juga buku-buku sastera terkenal. Setiap bilik dihiasi dengan hiasan yang berwarna-warni yang sudah tentunya menarik perhatian para tetamu di hotel ini.
***
Sumber: Independent