
Joan Didion
Ketika muda, Didion membaca satu artikel di suratkhabar tentang seorang lelaki yang dituduh membunuh ketua di ladang lelaki tersebut bekerja. Ia hanya artikel biasa tetapi melekat di fikiran Didion. Didion kemudian berpindah ke California dan mengubah cerita tersebut menjadi salah satu babak di dalam novel dan menghantar deraf ceritanya yang separuh siap kepada satu syarikat penerbitan. Deraf beliau telah diterima dan akhirnya terbitlah novel beliau berjudul Run, River yang diterbitkan ketika Didion berusia 28 tahun.
Zadie Smith
Ketika semua orang sibuk menanti kedatangan tahun millenium, Zadie Smith menghabiskan masa di kolej menulis novel yang kemudiannya diberi tajuk White Teeth. Menurut Smith, ketika orang lain sibuk bergembira di kolej, beliau menghabiskan kebanyakan masanya menulis dan hasilnya beliau berjaya menyiapkan novelnya sebelum beliau menyelesaikan pengajiannya di kolej. Novel White Teeth diterbitkan ketika Smith berusia 24 tahun.
Toni Morrison
Ketika berusia 35 tahun, Morrison menyertai kelab menulis di universiti beliau mengajar untuk mengisi masa lapang beliau. Lama kelamaan, beliau mula sedar beliau hanya boleh kekal di dalam kelab ini jika beliau menulis sesuatu. Jadi beliau mula membuat rangka sebuah cerita mengenai seorang gadis kulit hitam di Amerika yang beliau kenali ketika kecil yang mahukan mata berwarna biru. Tidak berapa lama kemudian, Morrison bercerai dengan suaminya dan berpindah ke Syracuse. Untuk mengisi masa lapang beliau, beliau menyambung semula tulisan beliau ketika beliau menyertai kelab menulis dan hanya selepas lima tahun kemudian barulah beliau dapat menyudahkannya yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk novel yang diberi judul The Bluest Eye.
David Foster Wallace
Ketika di kolej, teman wanita Wallace menyatakan padanya bahawa beliau lebih suka hidup sebagai karekter buku daripada hidup sebenar. Kata-kata teman wanitanya ini benar-benar memberi kesan kepada Wallace. Wallace mula berfikir tentang perbezaan diantara karekter fiksyen dan kehidupan sebenar dan hasilnya terbitlah novel The Broom of the System.
Ernest Hemingway
Salah satu novel terawal Hemingway bertajuk The Sun Also Rises terinspirasi daripada pengembaraan beliau ke Sepanyol. Mengikut lagendanya, karekter-karekter novel ini diinspirasikan daripada sahabat dan orang-orang yang beliau temui ketika pengembaraan beliau dan dikatakan Hemingway menulis sebanyak 2,000 patah perkataan setiap hari dan beliau berjaya menyudahkan novelnya dalam tempoh tidak sampai setahun.
***
Sumber: Writers Digest