Penulis dan makanan memang tidak boleh dipisahkan. Sering kita lihat dalam novel bagaimana penulis menggambarkan tentang sesuatu makanan yang dinikmati dan digemari oleh karekter-karekter ciptaan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan makanan kegemaran si penulis itu sendiri? Berikut adalah antara beberapa makanan kegemaran penulis-penulis tersohor.
Leo Tolstoy
Makanan Kegemaran: Makaroni dan Keju
Buku resepi milik keluarga Tolstoy dipenuhi dengan resepi dan salah satu resepi yang menjadi kegemaran Tolstoy selain pai Anke adalah makaroni dan keju.
Sylvia Plath
Makanan kegemaran: Kek Sup Tomato
Plath memang gemar membuat kek. Beliau selalu menulis sambil membuat kek dan salah satu resepi istimewanya adalah kek sup tomato.
F. Scott Fitzgerald
Makanan Kegemaran: Lebihan daging ayam belanda
Fitzgerald pernah menulis tentang apakah yang boleh dibuat dengan lebihan daging ayam belanda yang dimasak sempena hari kesyukuran. Antaranya adalah dengan membuat koktel ayam belanda dan ayam belanda yang direndam didalam wiski.
Ray Bradburry
Makanan kegemaran: Sup Tomato
Ray Bradburry memang diketahui seorang penulis yang pernah melalui hidup yang sukar. Ketika dia bekahwin, beliau hanya mempunyai 8 dollar didalam akaun banknya. Antara cara beliau berjimat cermat adalah dengan mencipta resepi-resepi daripada sup tomato. Beliau amat menyukai sup tomato sehinggakan beliau meminta supaya abu mayatnya diletakkan didalam tin sup tomato Campbell dan ditanam di planet Marikh.
Friedrich Nietzsche
Makanan Kegemaran: Risotto Lemon
Nietzsche selalunya mengelak untuk memesan Risotto Lemon d irestoran kerana beliau suka makan dengan banyak. Jadi beliau meminta orang gajinya mengajar bagaimana untuk membuat Risotto Lemon.
Untuk lihat senarai lanjut, anda boleh klik dipautan INI .
***
Sumber: Mental Floss