Dalam zaman moden ni, kita sentiasa disibukkan dengan hal-hal seperti kerja harian yang membuatkan kita susah meluangkan masa untuk membaca buku. Tetapi kita tidak seharusnya menggunakan alasan "sibuk" untuk terus melupakan buku. Jadi bagaimana untuk membolehkan anda membaca buku walaupun anda tersangat sibuk dengan urusan harian anda? Berikut antara beberapa tips yang mungkin anda boleh amalkan:
1. Pinjam buku dalam kuantiti yang banyak
Jika anda selalu meminjam buku dari perpustakaan, anda boleh meminjam buku dalam kuantiti yang banyak. Anda mungkin mendorong diri anda untuk membacanya kerana anda tahu anda perlu memulangkannya kembali dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Baca lebih dari satu buku dalam satu masa
Membaca lebih dari satu buku dalam satu masa memang amat bermanafaat. Ini adalah kerana membaca buku juga bergantung situasi anda ketika itu. Ada jenis buku yang sesuai dibaca ketika anda sedang berehat, ada pula dibaca sebelum anda tidur dan sebagainya.
3. Tetapkan matlamat anda dalam membaca sesebuah buku
Anda boleh mendisiplinkan diri anda dengan menetapkan matlamat seperti berapa banyak mukasurat buku yang anda akan baca dalam satu hari dan sebagainya.
4. Baca buku digital/elektronik
Dalam zaman moden ini, hampir kesemua kita mempunyai gajet-gajet elektronik. Sebagai contoh talifon pintar selalunya mengandungi aplikasi e-buku dan anda boleh memuat turun apa saja buku yang anda mahu dan anda boleh membacanya dimana-dimana dan pada bila-bila masa yang anda mahu.
5. Baca buku sebelum anda tidur
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa membaca buku sebelum tidur sangat bagus untuk merehatkan minda anda. Anda juga boleh memulakan tabiat membaca beberapa mukasurat buku pada waktu pagi sebelum anda memulakan aktiviti harian anda.
***