Macam mana pun bagusnya hidup seorang manusia, dia juga perlukan panduan dan nasihat dari masa ke semasa. Apa sumber nasihat yang terbaik yang boleh diperolehi oleh seseorang? Sudah tentu dan tidak lain dan tidak bukan adalah dari buku. Berikut antara nasihat-nasihat terkenal dan yang diingati oleh ramai orang yang boleh dijumpai didalam novel-novel terkenal.
A Wrinkle In Time
Hidup seorang manusia, dengan kewajibannya, peraturannya, dan kebebasannya adalah seperti sebuah soneta: kamu diberikan bentuknya tetapi kamu kena menulis soneta kamu sendiri - Puan Whatsit
Harry Potter And The Sorcerer's Stone
Kamu kena ingat, hidup hanya untuk mengejar impian adalah tidak mencukupi jika kamu lupa untuk hidup - Albus Dumbledore
The Little Prince
Ini rahsia saya; ianya sangat mudah: perkara yang penting dalam hidup tidak dapat dilihat dengan mata; hanya dengan hati, seseorang boleh melihat sesuatu perkara dengan betul - Si Musang
The Wind Up Bird Chronicle
Kau perlu membelanjakan duit untuk perkara-perkara yang boleh dibeli dengan duit, tanpa perlu risau tentang untung atau ruginya. Simpan tenaga kau untuk perkara-perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit - Pakcik kepada Toru
The Hobbit
Untuk lihat senarai penuh, anda boleh klik di pautan INI
***
Sumber: Flavorwire