Ada banyak sebab kenapa sesebuah novel tidak dapat diadaptasi ke filem. Salah satunya adalah kerana kerumitan plot atau jalan cerita sesebuah novel sehinggakan ramai yang bersetuju bahawa ianya sesuatu yang mustahil untuk mengadaptasinya. Tetapi ada beberapa pengarah filem yang membuktikan sebaliknya. Berikut adalah beberapa contoh adaptasi filem dari novel-novel yang dikatakan mustahil untuk diadaptasi.
Novel tulisan Vladimir Nabokov ini pernah beberapa kali ditolak oleh penerbit kerana mengandungi kisah tentang hubungan seksual seorang profesor dengan seorang anak gadis. Novel ini juga pernah diharamkan selama 2 tahun di Perancis. Jadi idea untuk mengadaptasi filem ini kelihatan bukan satu idea yang baik tetapi tidak bagi pengarah filem Stanley Kubrick. Hasilnya, filem adaptasi novel ini yang diarahkan beliau berjaya memenangi anugerah Oscar untuk lakonlayar adaptasi terbaik.
Kisah pembunuhan kanak-kanak, protaganis yang berhalusinasi dan novel yang boleh dibaca tanpa mengikut aturan ini kelihatan mustahil untuk diadaptasi. Tiada pembikin filem yang berani untuk menyahut cabaran mengadaptasi novel ini sehinggalah David Cronenburg menyahut cabaran mengadaptasi novel ini pada tahun 1991 dan filem adaptasi arahannya mendapat respon yang agak baik dari penonton.
Novel ini memang diketahui mempunyai struktur linguistik yang begitu rumit. Ramai yang menjangka tiada siapa yang sanggup mengadaptasi novel ini tetapi jangkaan itu meleset kerana terdapat dua filem adaptasi novel ini telah dihasilkan. Adaptasi yang paling terkenal adalah dari pengarah filem Joseph Strick pada tahun 1967 di mana filem adaptasinya diikitraf sebagai filem Hollywood pertama yang mengandungi perkataan carutan.
Novel ini memang diketahui memiliki karekter-karekter makhluk yang pelik yang mungkin memeningkan ramai pengarah filem. Tetapi novel ini telahpun diadaptasi ke filem sebanyak 3 kali.
Walaupun berjuta-juta naskah novel ini telah dijual, ramai pembikin filem Hollywood bersetuju bahawa novel ini mustahil untuk diadaptasi. Tetapi selepas perbincangan yang memakan masa hampir 8 bulan, pengarah filem Ang Lee akhirnya bersetuju untuk menggalas tugas mengarah filem adaptasi novel ini. Hasilnya, novel ini telah tercalon sebanyak 11 kali untuk anugerah Oscar.
***
Sumber: The Telegraph