Buku yang hebat tidak semestinya boleh diadapatasi ke filem dengan baik. Tetapi bolehkah filem yang hebat datang dari adaptasi novel yang teruk? Dalam salah satu respon terhadap ulasan adaptasi filem siri novel Hunger Games di iO9, pengulas SmoothieKing telah bertanya satu soalan: bolehkah buku yang tidak gemari diadaptasi ke filem dengan baik? Beberapa pengulas yang memberi respon kepada soalan ini menyatakan memang terdapat novel-novel biasa yang berjaya diadaptasi ke filem dengan baik.
Sebagai contoh, siri filem Godfather membuang separuh plot novel asal. Filem ini kemudian digabungkan dengan material-material baru untuk membuatkan filem ini nampak lebih menarik. Ini juga dibantu oleh penulis novel asal iaitu Mario Puzo yang membenarkan plot novelnya disunting ketika dia turut sama-sama terlibat dalam menulis skrip filem ini. Begitu juga dengan novel Fight Club di mana Chuck Palahniuk menyatakan adaptasi novelnya ke filem adalah lebih bagus dari novelnya sendiri.
Jadi adakah pendapat anda? Adakah terdapat buku yang anda benci yang diadaptasi ke filem yang begitu anda gemari?
***
Sumber: iO9
Sumber gambar: google image