Akira Kurosawa pernah berkata bahawa ianya sangat sukar untuk menyampaikan imej-imej sastera kepada penonton dalam bentuk imej-imej sinematik. Jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat sebilangan penulis yang tidak berpuashati dengan adaptasi novel mereka ke dalam bentuk filem. Berikut adalah antara beberapa filem yang diadaptasi dari novel yang mendapat kritikan yang cukup pedas daripada penulis novel asal.
Filem adaptasi dari siri novel kanak-kanak tulisan P.L. Travers ini sebenarnya sangat dibenci oleh penulisnya sendiri. Filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures ini mendapat tentangan yang cukup hebat daripada Travers dan Travers menghabiskan lebih dua puluh tahun untuk menghalang Walt Disney daripada membeli hakcipta novel tulisannya ini sehinggalah akhirnya beliau terpaksa mengalah atas sebab masalah kewangan.
Adaptasi filem dari novel tulisan Lothar-Gunther Buchheim ini dikritik oleh Buchheim sendiri kerana dikatakan tidak realistik. Filem ini turut dikritik oleh Buchheim kerana durasi filem ini adalah terlalu pendek untuk menyampaikan intipati sebenar buku tulisannya.
Watak ikonik Holy Golightly yang dilakonkan oleh Audrey Hepburn antara antara watak yang menjadikan Hepburn terkenal diseluruh dunia tetapi ramai yang tidak sedar bahawa penulis novel ini iaitu Truman Capote menentang keras pemilihan Audrey Hepburn untuk memegang watak Holy Golightly kerana Capote dikatakan mahukan Marilyn Monroe sebagai pelakon utama.
Pada awalnya, adaptasi filem ini mendapat sokongan penulisnya iaitu Michael Ende dan beliau sendiri telah terlibat dalam penulisan skrip untuk adaptasi novelnya. Segalanya berubah apabila beliau membaca skrip filem yang telah disemak semula. Menurut Ende, skrip tersebut telah menjadikan adaptasi novelnya seperti sebuah komik dan Ende menghabiskan seluruh hidupnya menentang pembikinan filem ini.
Adaptasi filem ini dikritik oleh penulis novelnya iaitu Roald Dahl kerana dikatakan filem ini tidak cukup "gelap". Tambahan lagi, sejak awal lagi Dahl telah menyatakan beliau tidak menyukai pengarah yang dipilih untuk mengarah filem ini iaitu Mel Stuart dimana menurut Dahl tidak mempunyai sebarang bakat untuk mengarah filem. Dahl juga turut tidak berpuashati tentang bagaimana watak Oompa Loompa digambarkan didalam filem ini.
***
Sumber: Cracked