![]() |
Diantara tarikh 8 Ogos hingga 24 Ogos 1882, Friedrich Nietzsche telah menurunkan 10 peraturan gaya penulisan dalam siri surat yang dikirimkan kepada penulis, intelektual dan psikoanalis kelahiran Rusia bernama Lou Andreas-Salome. Nietszhe begitu terpukau dengan Lou Andreas-Salome ketika itu dan pernah melamar Lou Andreas-Salome untuk menjadi isterinya tetapi malangnya lamaran Nietzsche ditolak.
Antara peraturan gaya penulisan menurut Nietzsche adalah:
- Gaya penulisan perlulah hidup
- Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seorang penulis adalah memutuskan apa yang beliau ingin kata dan dan sampaikan.
- Penulis perlu mempunyai model penyampaian tulisan yang ekspresif.
- Penulis perlu belajar merasai segala apa yang beliau tulis seperti panjang atau pendek sesuatu tulisan, pilihan perkataan yang digunakan, turutan hujah yang dikemukakan dan sebagainya.
- Berhati-hati menggunakan titik noktah. Tidak ramai orang yang mampu bercakap dengan panjang tanpa henti.
Keseluruhan 10 peraturan gaya penulisan yang diperturunkan oleh Nietzsche ini boleh dibaca didalam buku "Nietzsche" tulisan Lou Andreas-Salome yang diterbitkan dua dekad kemudian.
***
Sumber: Brainpickings